Lamanfo.com

Laman Informasi

IBU KOTA BAHARU INDONESIA PINDAH KE BORNEO

 


JAKARTA: Presiden Indonesia Joko Widodo ingin memindahkan ibu kota Indonesia dari Jakarta ke tempat lain.

Jakarta, kota 12 juta penduduk kini sesak dengan penduduk dan kesesakan lalu lintas setiap hari sehingga dianggarkan kerugian sekitar RM39 bilion setahun.

Keputusan itu dibuat kurang dua minggu selepas Presiden yang lebih dikenali sebagai Jokowi sekali lagi menghadapi pilihanraya bagi memutuskan nasibnya.

Berdasarkan kiraan undi awal, Jokowi dapat mengalahkan lawannya Prabowo Subianto yang mengancam untuk menggugat keputusan berkenaan di mahkamah.

Keputusan rasmi hanya akan diketahui 22 Mei ini.

“Presiden membuat keputusan penting untuk memindahkan ibu kota di luar Jawa,” kata seorang menteri, Bambang Brodjonegoro.

Media memetik Jokowi sebagai berkata, beliau menekankan keperluan memikirkan masa depan.

Jakarta ketika ini bukan sahaja sesak, tetapi cenderung dilanda banjir kerana tanahnya semakin mendap ekoran penggunaan air bawah tanah yang melampau.

Berita sebelum ini menyebut bahawa kemungkinan besar ibu kota negara 260 juta itu akan dipindahkan ke  Palangkaraya, kini ibu kota Provinsi Kalimantan Tengah di Pulau Borneo.




Kota ini memiliki keluasan wilayah 2.400 km² dan berpenduduk 376,647 jiwa dengan kepadatan rata-rata 92,067 jiwa tiap km² (2015).

Sebelum autonomi daerah pada tahun 2001, Kota Palangkaraya hanya memiliki dua daerah, iaitu:Pahandut dan Bukit Batu.

Kini  dari segi pentadbiran,  ia terdiri daripada lima daerah, iaitu Pahandut, Jekan Raya, Bukit Batu,Sabangau, dan Rakumpit.

Kota ini dibangun pada tahun 1957.

dari hutan belantara yang dibuka melalui Desa Pahandut di tepi Sungai Kahayan.
 
Presiden Sukarno pernah merancang Palangkaraya sebagai ibu kota negara Indonesia.

Palangkaraya merupakan kota dengan wilayah terluas di Indonesia atau setara 3.6 kali luas Jakarta.

Palangkaraya terletak sekitar 1,200 km dari Kuching – satu jarak yang agak dekat.


(Sumber: sarawakvoice.com)

Catat Ulasan

0 Ulasan