Lamanfo.com

Laman Informasi

SAHAM TENAGA NAIK 1.7%



KUALA LUMPUR 12 April - FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat semula ke kedudukan positif pada sesi dagangan awal hari ini, diterajui Tenaga Nasional, yang naik 1.7 peratus kepada RM12.26 selepas susut empat peratus semasa ditutup semalam.

Indeks yang dibuka 0.3 mata lebih tinggi pada 1,624.53, meningkat kepada 1,625.40 pada 9.15 pagi.
Di pasaran meluas, kaunter untung mengatasi kaunter rugi iaitu sebanyak 172 berbanding 105, manakala 212 kaunter tidak berubah, 1,390 tidak diniagakan dan 32 lagi digantung.
Jumlah dagangan sebanyak 215 juta saham bernilai RM96.1 juta.

Malacca Securities Sdn. Bhd. berkata, saham-saham di Bursa Malaysia mencatatkan penyusutan ketara semalam, sentimen yang semakin lemah akan menyebabkan minat terhadap pasaran kurang memberangsangkan untuk tempoh lebih lama.
Katanya terdapat beberapa petunjuk dan ini akan menyebabkan peluang belian berkurangan bagi pemain pasaran.

Pada masa yang sama, pasaran yang diunjurkan tidak menentu turut mendorong banyak pelabur untuk tidak memasuki pasaran.

“Di sebalik keadaan pasaran yang lemah, kami tidak menolak kemungkinan ia akan segera meningkat semula pada akhir minggu ini selepas mencatatkan kejatuhan ketara semalam.
“Peningkatan itu akan dipacu oleh aktiviti belian semasa harga rendah pada kadar sederhana, tetapi kami fikir kenaikan itu akan dihadkan oleh langkah berhati-hati berikutan persekitaran pasaran yang lemah ketika ini,” katanya.



Sumber : Akhbar tempatan dan Penulis sendiri 


Catat Ulasan

0 Ulasan