Lamanfo.com

Laman Informasi

APA ITU 5G?




5G adalah singkatan untuk 'rangkaian mudah alih generasi kelima', dan merupakan pengganti 4G.

5G adalah rangkaian generasi terbaru untuk sambungan internet mudah alih, menawarkan kelajuan lebih cepat dan sambungan yang lebih berdayaharap pada telefon pintar dan peranti berbanding sebelum ini.

Menggabungkan teknologi rangkaian canggih dan penyelidikan terkini, 5G menawarkan sambungan yang lebih cepat daripada sambungan hari ini, dengan purata kelajuan muat turun sekitar 1GBps dan dijangka akan menjadi norma tidak lama lagi.

Rangkaian ini akan membantu dalam peningkatan teknologi Internet of Things (IoT) dengan menyediakan infrastruktur yang diperlukan untuk membawa sejumlah besar data dan membolehkan dunia menjadi lebih pintar dengan rangkaian yang lebih terhubung.

Apa yang terbaik tentang teknologi 5G ialah dimana semua orang sangat teruja dengan kelajuannya. 

Rangkaian 4G hanya dapat menawarkan kelajuan muat turun sekitar 20Mbps yang mana cukup untuk memuat turun filem HD dalam masa 30 minit atau lebih tetapi 5G dijangka dapat mengalahkannya dengan magnitud: 500 hingga 1500Mbps, cukup cepat untuk mendapatkan filem yang sama dalam masa kira-kira 25 saat .

Berhubung dengan isu sama ada sesuatu kawasan mendapat liputan atau tidak masih merupakan keputusan perniagaan yang dibuat oleh syarikat mudah alih, yang perlu menimbang kos menara baru terhadap hasil daripada pengguna.

Namun, rangkaian 5G membolehkan stesen pangkalan yang lebih kecil daripada yang sebelumnya iaitu kira-kira saiz peti sejuk mini dan bermakna tiang boleh ditempatkan di lokasi yang sebelum ini tidak dapat dilaksanakan.

Di kawasan bandar, ianya boleh dipasang pada setiap tiang lampu manakala di luar bandar, kesukaran untuk mendapatkan kebenaran untuk menara baru dapat dielakkan.


Perbandingan Rangkaian Lama Berbanding Rangkaian 5G: Google


Berhubung dengan sekatan AS terhadap Huawei, menurut laporan Wall Street Journal, kerajaan AS tidak hanya bimbang bahawa peranti Huawei dan peralatan rangkaiannya boleh digunakan oleh China untuk mengintip orang Amerika, tetapi juga kemajuan 5G Huawei mungkin membayangi AS.

Kebimbangannya adalah bahawa China akan mendapat liputan 5G yang meluas sebelum Amerika Syarikat, yang akan membolehkannya mempercepatkan pembangunan teknologi 5G yang tertentu, seperti kereta memandu sendiri. Dengan bantuan peralatan Huawei, pembuat dasar di Washington dan eksekutif industri percaya China mampu menggantikan Silicon Valley sebagai pusat inovasi dunia.

Huawei juga telah melancarkan beberapa produk siapsedia 5G di MWC 2018, termasuk peralatan premis pelanggan 5G pertama (CPE) yang menyokong kelajuan sehingga 2.3Gbps.

Jawatankuasa Pelaburan Asing di AS (CFIUS) mengarahkan Qualcomm untuk melengahkan undi pemegang saham mengenai pengambilalihan Broadcom seperti yang telah dipersetujui.

CFIUS menjelaskan bahawa, selepas pengambilalihan itu, Huawei dapat memperoleh kelebihan dalam pembangunan teknologi 5G. Arahan itu secara khusus ditujukan terhadap pembuat telefon pintar China tersebut.

Sementara itu, Broadcom cuba menghilangkan kebimbangan itu dengan mengatakan bahawa ia sedang bekerjasama dengan jawatankuasa tersebut dan ia "benar-benar komited untuk menjadikan syarikat hasil penggabungan itu sebagai peneraju utama global yang kritikal untuk teknologi 5G dan juga teknologi lain."

Perkembangan baru-baru ini menjelaskan mengapa pentadbiran Trump telah bercadang untuk membina rangkaian tanpa wayar 5G di seluruh negara tersebut yang disokong kerajaan. 

Walau bagaimanapun, rancangan itu mendapat kritikan daripada pegawai rasmi yang lain termasuk pemain industri tanpa wayar.

AT & T dan Verizon, akan mula melancarkan 5G di beberapa bandaraya utama tahun ini, sebagaimana penggunaan 4G LTE yang telah bermula beberapa tahun yang lalu. T-Mobile dan Sprint akan menyusul pada tahun depan. 

Penganalisis menjangkakan China akan memulakan penggunaan 5G dengan cara yang agak berbeza.  


Berikut adalah beberapa telefon pintar yang dapat menyokong 5G pada masa ini:

- Huawei Mate 20 X (5G)
- OnePlus 7 Pro (5G)
- Samsung Galaxy S10 5G
- LG V50 ThinQ 5G
- Oppo Reno

- Xiaomi Mi MIX 3


(Sumber: Media masa dan penulis)


Catat Ulasan

1 Ulasan