Lamanfo.com

Laman Informasi

APA ITU GOOGLE STADIA



Google Stadia ialah platform streaming yang direka untuk permainan video tanpa menggunakan konsol atau komputer.

Ianya membolehkan pemain untuk menyambung alat Chromecast terus kepada televisyen dan mengakses permainan melalui cloud tanpa perlu perkakasan tambahan.

Langganan permulaan bermula dengan harga $10 dolar AS sebulan dengan versi percuma dijadualkan pada tahun 2020. 

Versi tersebut akan memaparkan visual 1089p60 dengan bunyi stereo yang memerlukan rangkaian jalur lebar 10Mbps untuk stream pada 720p. Stadia Pro pula dilaporkan akan memaparkan visual 4K, 60fps dengan HDR streaming dan 5.1 bunyi surround yang memerlukan rangkaian jalur lebar 35Mbps.

Pakej Edisi Founders akan dijual semasa pelancaran pada November dengan harga $130 dolar AS di beberapa negara termasuk AS, UK, Kanada dengan sekurang-kurangnya 31 permainan daripada 21 penerbit.

Langganan buat masa ini hanya untuk 1 permainan sahaja iaitu Destiny 2. Google memberitahu permainan tersebut perlu dibeli dengan harga yang sama dengan harga permainan yang dijual seperti Playstation Network, Xbox Live dan Steam.

Google Stadia Controller


Controller Stadia berharga RM70 dolar sebuah.

Google juga memberitahu bahawa setiap pengguna hanya boleh memiliki satu akaun terikat dengan akaun Google mereka dan dibolehkan untuk seorang tetamu untuk permainan splitscreen. Tidak dibolehkan berkongsi akaun.

Walau bagaimanapun, Google melaporkan perkongsian untuk keluarga akan diperkenalkan pada masa hadapan.

Setakat ini senarai beberapa penerbit dan permainan yang akan dikeluarkan untuk Stadia adalah seperti berikut:

Bandai Namco - Dragon Ball Xenoverse 2

Bethesda - DOOM Eternal, DOOM 2016, Rage 2, The Elder Scrolls Online, Wolfenstein: Youngblood

Bungie - Destiny 2

Capcom - permainan belum dimaklumkan.

Coatsink - Get Packed (Eksklusif untuk Stadia)

Codemasters - GRID

Deep Silver - Metro Exodus

Drool - Thumper

Electronic Arts - permainan belum dimaklumkan.

Giants Software - Farming Simulator 19

Larian Studios - Baldur’s Gate 3

nWay Games - Power Rangers: Battle for the Grid

Rockstar Games - permainan belum dimaklumkan.

Sega - Football Manager

SNK - Samurai Shodown

Square Enix - Final Fantasy XV, Tomb Raider Definitive Edition, Rise of the Tomb Raider, Shadow of the Tomb Raider

2K Games - NBA 2K, Borderlands 3

Tequila Works - Gylt (Eksklusif untuk Stadia)

Warner Bros. - Mortal Kombat 11

THQ - Darksiders Genesis

Ubisoft - Assassin’s Creed Odyssey, Just Dance, Tom Clancy’s Ghost Recon Breakpoint, Tom Clancy’s The Division 2, Trials Rising, The Crew 2


(Sumber: The Verge) 





Catat Ulasan

0 Ulasan