DEEPFAKES: FITNAH YANG TERKINI

Lamanfo.com

Laman Informasi

DEEPFAKES: FITNAH YANG TERKINI



Istilah 'Deepfakes' adalah istilah yang bermaksud video atau gambar yang telah diubahsuai secara digital menyerupai atau menyamai seseorang yang lain daripada yang asal. 

Kebanyakan Deepfakes menggunakan kepintaran buatan atau AI bagi mengubah video dan audio agar betul-betul menyamai seseorang individu yang lain daripada yang asal.

Beberapa contoh video Deepfakes adalah seperti yang dilakukan oleh Dessa, sebuah pengendali AI pada bulan Mei lepas membuat video yang menyerupai suara bintang Youtube Joe Rogan. Beberapa minggu kemudian, sebuah lagi video dihasilkan menunjukkan seorang ahli politik AS, Nancy Pelosi membuat kenyataan yang bukan dibuat oleh beliau. Baru-baru ini sebuah lagi video telah viral menunjukkan CEO Facebook, Mark Zuckerberg telah menjadi mangsa Deepfakes. 

Biasanya membuat video yang seakan-akan betul memerlukan peralatan dan perisian yang canggih dan mahal tetapi teknologi pada masa kini ia telah menjadi lebih mudah dengan menggunakan peralatan dan perisian yang lebih murah.

Penggunaan teknologi AI yang berkembang pada masa kini telah menjadi luas secara komersil dan kita boleh melihat peralatan dan perisian yang canggih serta murah boleh didapati di mana-mana. 

Perisian untuk membuat video Deepfakes boleh diperolehi secara percuma daripada GitHub kepunyaan Microsoft dan cara-cara penggunaannya boleh dilihat dalam Youtube.

Pakar keselamatan siber risau penggunaan Deepfakes boleh disalahguna oleh orang yang tidak bertanggungjawab untuk tujuan jahat dan juga tujuan politik. 

Baru-baru sedang hangat isu video yang melibatkan Menteri Perhubungan Ekonomi Malaysia dan ada kemungkinan penggunaan Deepfakes telah digunakan untuk menghasilkan video tersebut.

Post a comment

0 Comments