HUAWEI KURANGKAN PESANAN KEPADA BEBERAPA PEMBEKAL UTAMA SELEPAS SENARAIHITAM OLEH AS - NIKKEI

Lamanfo.com

Laman Informasi

HUAWEI KURANGKAN PESANAN KEPADA BEBERAPA PEMBEKAL UTAMA SELEPAS SENARAIHITAM OLEH AS - NIKKEI



Syarikat Huawei Technologies Co Ltd telah mengurangkan atau membatalkan pesanan kepada beberapa pembekal utama komponen yang diperlukan untuk telefon pintar dan peralatan telekomunikasi berikutan senaraihitam daripada Amerika Syarikat, laporan daripada Nikkei yang mendapat sumber maklumat berkaitan dengan isu tersebut.

Syarikat Taiwan Semiconductor Manufacturing Co Ltd (TSMC) telah mengesahkan bahawa pesanan daripada Huawei telah berkurang selepas Presiden Donald Trump mengenakan larangan terhadap syarikat dari China tersebut atas dasar keselamatan Negara AS, menurut laporan daripada Nikkei Asian Review (https://asia.nikkei.com/Spotlight/Huawei-crackdown/Huawei-cuts-orders-to-key-suppliers-after-US-blacklisting)

Huawei juga telah menurunkan jumlah kadar penghantaran telefon pintar pada separuh kedua tahun 2019 sebanyak 20% hingga 30% berbanding anggaran yang terdahulu, menurut laporan Nikkei.

Kedua-duanya, Huawei dan TSMC masih belum memberikan maklumbalas apabila diminta untuk memberi komen masing-masing.

Pentadbiran Trump telah menambah syarikat Huawei dalam senaraihitam perdagangan pada bulan Mei lepas. Langkah tersebut meletakkan Huawei dan 68 syarikat berkaitan dari lebih 24  negara di dalam Senarai Entiti milik Jabatan Perdagangan AS yang mana syarikat-syarikat tersebut dilarang daripada membeli peralatan dan komponen daripada syarikat Amerika tanpa kelulusan daripada kerajaan AS.

Sejak itu, syarikat teknologi dunia telah membatalkan hubungan dengan syarikat China tersebut dan mematuhi larangan oleh AS.

Syarikat teknologi gergasi seperti Alphabet Inc telah menggantung semua penghantaran perkakasan, perisian dan perkhidmatan teknikal kepada Huawei sementara syarikat Microsoft Corp berkata mereka telah berhenti menerima pesanan baru dari syarikat tersebut, menurut laporan media.

Pembuat komponen optikal Lumentum Holdings Inc telah menamatkan penghantaran kepada Huawei, manakala pembuat cip Qorvo Inc berkata pendapatan pada suku pertama mereka terjejas sebanyak 50 juta Dollar AS berikutan pembatalan penghantaran kepada syarikat China tersebut.

Walau bagaimanapun, Huawei dibenarkan membeli daripada AS sehingga Ogos 2019 untuk menyelenggara pepasangan rangkaian telekomunikasi sedia ada dan menyediakan kemaskini terhadap perisian telefon pintar mereka.


(Sumber: Reuters)


Sila baca juga: HUAWEI TANDATANGAN PERJANJIAN RANGKAIAN 5G DENGAN RUSSIA

Post a comment

0 Comments