Lamanfo.com

Laman Informasi

HUAWEI MENILAI SEMULA SASARAN MENJADI VENDOR TELEFON PINTAR TERLARIS DI DUNIA




Huawei Technologies menilai semula sasarannya untuk menjadi vendor telefon pintar terlaris di dunia menjelang 2020, selepas larangan perdagangan AS menimbulkan persoalan serius mengenai akses kepada perkhidmatannya yang penting untuk jualan antarabangsa, menurut seorang eksekutif kanan.

Huawei kini sedang memerhati dan menilai semula keadaan selepas kerajaan AS melarang syarikat-syarikat Amerika daripada membekalkan peralatan telekomunikasi kepada syarikat gergasi asal Shenzhen tersebut, menurut Zhao Ming, presiden Honor, yang juga salah satu jenama telefon pintar Huawei, pada taklimat media di Shanghai pada malam Jumaat .

"Dengan keadaan sekarang, adalah terlalu awal untuk mengatakan sama ada kita boleh mencapai matlamat tersebut," kata Zhao, semasa menjawab soalan mengenai rancangan Huawei untuk mengatasi Samsung Electronics dan menjadi penjual telefon pintar terbesar di dunia sebelum penghujung tahun 2020.

Kerajaan AS pada pertengahan bulan Mei telah meletakkan Huawei dan sekutunya dalam senarai hitam perdagangan yang menyekat syarikat itu daripada membeli perkhidmatan dan bahagian peralatan dari syarikat AS tanpa persetujuan.

Selepas langkah itu, syarikat-syarikat AS termasuk pembuat cip Intel, Qualcomm, Xilinx dan Broadcom dilaporkan memberitahu pekerja mereka untuk tidak memberikan bekalan kepada Huawei sehingga notis selanjutnya. Google juga menggantung akses Huawei untuk kemaskini sistem operasi Android pada masa hadapan, yang menjejaskan keupayaannya menawarkan aplikasi Google yang popular di telefonnya pada masa akan datang.

(Sumber: Google news) 

Catat Ulasan

0 Ulasan