HUAWEI TANDATANGAN PERJANJIAN RANGKAIAN 5G DENGAN RUSSIA

Lamanfo.com

Laman Informasi

HUAWEI TANDATANGAN PERJANJIAN RANGKAIAN 5G DENGAN RUSSIA



Moscow - Huawei, syarikat dari China yang dituduh menjadi ancaman keselamatan di AS telah menandatangani perjanjian dengan syarikat telekomunikasi Russia, MTS utk membina rangkaian 5G di negara tersebut tahun depan.

Perjanjian tersebut ditandatangani selepas pertemuan Presiden China, Xi Jinping dan Presiden Russia, Vladimir Putin di Moscow badu-baru ini.

Kenyataan dari MTS memberitahu bahawa perjanjian tersebut melihat ke arah pembangunan teknologi 5G dan pelancaran awal rangkaian generasi kelima untuk tahun 2019-2020.

Timbalan Pengerusi Huawei, Guo Ping mengatakan beliau amat gembira dengan perjanjian tersebut yang dilihat dari segi kepentingan strategik seperti 5G.

Sejak kebelakangan ini, syarikat telekomunikasi tersebut telah mengalami jalan sukar sejak Mei 2019 apabila pentadbiran Trump melarang syarikat AS daripada menjual peralatan berteknologi tinggi kepada Huawei kerana kecurigaan syarikat tersebut menyiasat bagi pihak Beijing.

Pakar memberitahu keputusan AS yang akan berkuatkuasa dalam 3 bulan lagi akan mengugat keupayaan syarikat tersebut yang bergantung lebih kepada cip buatan AS untuk telefon bimbitnya.

Beberapa syarikat sudah membatalkan perjanjian dengan Huawei termasuk Google dimana sistem Androidnya digunakan hampir semua telefon bimbit di dunia.

Laporan bahawa Huawei terlibat dalam pembinaan rangkaian 5G di Britain juga telah menjadi isu politik yang sensitif tetapi kerajaan yang diterajui oleh Theresa May bertegas bahawa keputusan masih belum dibuat terhadap isu tersebut.

(Sumber: AFP, NST) 


Catat Komen

0 Ulasan