Petaling Jaya - Menurut
kajian yang dibuat, Malaysia ialah negara yang paling lambat dari segi masa
larian Marathon.
Kajian yang dipanggil "The State of Running 2019" dibuat dalam penyelidikan kasut atlet Run Repeat dan "International Association of Athletics Federations" (IAAF) yang melibatkan analisa terhadap 107.9 juta keputusan larian dari 70,000 acara yang diadakan.
Keputusan meliputi peserta dari 209 negara yang terlibat dalam acara-acara yang diadakan pada tahun 1986 hingga 2018.
Kajian tersebut mendapati Malaysia terletak pada tempat paling bawah dalam acara Separa Marathon (21km) dan Marathon penuh (42.195km).
Graf menunjukkan Malaysia mencatat masa dalam purata 2 jam, 36 minit dan 20 saat untuk Separa Marathon dan 5 jam, 46 minit dan 24 saat untuk Marathon Penuh.
Kedudukan Negara dengan purata masa (jam:minit:saat) adalah seperti berikut;

Ranking Negara Purata Masa Separa Marathon
#1 Rusia
(01:45:11)
#2 Belgium (01:48:01)
#3 Luxembourg
(01:50:20)
Ranking Negara Purata Masa Marathon Penuh
#1 Spain
(03:53:59)
#2 Switzerland (03:55:12)
#3 Portugal
(03:59:31)
Hasil kajian mendapati negara-negara
yang purata masa paling lambat untuk Separa Marathon, Malaysia dikongsi bersama
oleh Negara Thai (02:24:56) dan Vietnam
(02:30:20) sementara bagi Marathon Penuh ialah juga Vietnam (05:19:34) dan
Filipina (05:25:35).
Walau bagaimanapun, sampel
kajian tersebut dibuat daripada 96 peratus acara di Amerika Syarikat, 91
peratus daripada Kesatuan Eropah, Kanada dan Australia dan sampel yang sedikit
sahaja daripada negara Asia, Afrika dan Amerika.
Mengikut kebiasaan masa kelayakan Marathon Penuh di Malaysia ialah di antara 7 hingga 8 jam sementara kelayakan untuk Separa Marathon ialah di antara 3 jam, 30 minit dan juga 4 jam.
Sebagai contoh, Larian
Marathon Antarabangsa Jambatan Pulau Pinang memberitahu melalui laman sesawangnya
bahawa masa kelayakan untuk kategori Marathon Penuh dan Separa Maratahon ialah 7 jam dan juga
3 jam, 30 minit masing-masing. Masa kelayakan KL Marathon anjuran Standard
Chartered ialah 7 jam dan 15 minit dan juga 3 jam, 30 minit untuk kategori
Marathon Penuh dan juga Separa Marathon.
Berdasarkan hasil
kajian itu juga mendapati beberapa penemuan seperti berikut;
>>
Larian 10km paling diminati di Asia, Afrika dan Amerika Selatan, manakala
larian 5km di AS dan Separa Marathon di Eropah.
>> Pertama
kali dalam sejarah terdapat lebih pelari wanita berbanding pelari lelaki.
>> Pelari
lelaki masih pelari yang terlaju.
>> Acara
larian semakin meningkat diadakan di negara-negara yang tidak bertutur dalam
Bahasa Inggeris.
>> Motif
larian kerap berubah.
Untuk
maklumat lebih lanjut boleh didapati di sini.
(Sumber: The Star)
0 Ulasan