PERMAINAN POKEMON MENJADI LEBIH MENARIK DENGAN PELANCARAN POKEMON HOME

Lamanfo.com

Laman Informasi

PERMAINAN POKEMON MENJADI LEBIH MENARIK DENGAN PELANCARAN POKEMON HOME



Semasa sidang akhbar sempena E3 2019, syarikat Pokemon telah mengumumkan perkhidmatan cloud untuk Nintendo Switch dipanggil Nintendo Home. 

Perkhidmatan tersebut membolehkan pemindahan Pokemon dari permainan sedia ada ke permainan yang terbaru Pokemon Sword and Shield melalui cloud.

Ini bermaksud peminat permainan Pokemon boleh memindahkan Pokemon mereka dari Pokemon Go, Let's Go Pikachu and Eevee, Pokemon Sword and Shield dan Pokemon Bank untuk konsol 3DS ke Pokemon Home.

Pokemon dari Pokemon Home pula boleh dipindahkan secara sehala sahaja ke permainan Pokemon Sword and Shield. Ia  membenarkan pemain memindahkan Pokemon dari permainan yang sedia ada ke permainan baru melalui cloud.



Pokemon Home akan dilancarkan pada awal 2020 untuk iOS, Android dan Nintendo Switch manakala Pokemon Sword and Shield dijangka akan dilancarkan pada akhir tahun ini.


Pada tahun 2020 penerbit asal Jepun itu juga akan melancarkan aplikasi Pokemon Sleep yang menggunakan accelerometer dalam alat Pokemon Go Plus untuk menjejaki masa tidur penggunanya. Maklumat tersebut kemudian akan dihantar ke telefon pintar melalui Bluetooth.




(Sumber: The Star Online) 


Sila lihat juga : 2019 POKEMON PRESS CONFERENCE





Post a comment

0 Comments