Lamanfo.com

Laman Informasi

SERANGAN HARIMAU


Video viral menunjukkan seekor harimau cuba menyerang penunggang motorsikal bersama pembonceng di jalan kawasan ladang yang tidak diketahui. Penunggang bersama pembonceng sempat merakamkan detik-detik cemas tersebut dan terselamat daripada serangan haiwan pemangsa tersebut.

Walau bagaimanapun, akhbar tempatan memberitakan bahawa kejadian tersebut dipercayai dirakam di pinggir Taman Negara Nagarhole, selatan India yang merupakan habitat kepada lebih 72 harimau Benggala.

 
                                                                       video serangan


Harimau di Malaysia adalah dari spesies Malayan Tiger atau nama saintifiknya Panthera tigris Jacksoni sempena nama penyelidik harimau iaitu Peter Jackson. Harimau jenis ini hanya boleh didapati di Semenanjung Malaysia dan bahagian selatan Thailand. Status haiwan ini dikategorikan sebagai haiwan yang hampir pupus dengan bilangan populasi seluruh dunia 250-340 ekor sahaja yang masih hidup dan purata berat 100 hingga 120 kg.

Harimau Malaya ini hampir pupus akibat pembukaan kawasan hutan oleh aktiviti pembalakan dan perladangan dan juga pemburuan untuk mendapatkan kulit dan gigi haiwan tersebut.

Pada masa lalu pengiraan jumlah populasi haiwan yang hampir pupus ialah dengan menjejaki tapak kaki haiwan tersebut tetapi kaedah ini amatlah sukar untuk mendapatkan data sebenar jumlah populasi haiwan hampir pupus. 

Teknologi terkini untuk mengenalpasti populasi harimau yang hampir pupus ialah dengan menggunakan perangkap kamera bagi mengambil gambar haiwan berkenaan. Sebuah alat digunakan untuk mengeluarkan bau-bauan bagi menarik haiwan tersebut dan apabila haiwan tersebut mendekati perangkap bau itu kamera akan sejurus berfungsi.

Catat Ulasan

2 Ulasan