Selepas perjumpaan Presiden Amerika Syarikat dengan Presiden Xi Jinping pada Sabtu, syarikat Huawei Technologies Co. telah dibenarkan semula untuk membeli produk daripada pembekal Amerika Syarikat.
Presiden Trump berkata, "Syarikat AS boleh menjual peralatan mereka kepada Huawei. Kita bercakap
tentang peralatan yang tidak mendatangkan ancaman keselamatan yang
besar,". Trump memberitahu kenyataan tersebut semasa sidang akhbar susulan sidang kemuncak G20 di
Osaka, Jepun.
Presiden Trump mengadakan pertemuan bertutup dengan Presiden China dimana kedua-dua negara bersetuju untuk menangguhkan perang perdagangan di antara AS dan China.
![]() |
Logo Huawei |
Terdahulu, AS melancarkan kempen global menyekat syarikat Huawei daripada terlibat dalam rangkaian 5G kerana menuduh syarikat berkenaan berniat untuk melakukan pengintipan bagi pihak Beijing dan dianggap sebagai ancaman keselamatan kepada AS.
Walau bagaimanapun, Huawei secara rasmi menafikan ia menjalankan pengintipan bagi pihak Beijing.
(Sumber: Awani)
Lihat juga: Pengasas Huawei: AS Memandang Rendah Huawei
Lihat juga: HUAWEI ADA PELAN B SUSULAN SEKATAN AS
0 Ulasan