Lamanfo.com

Laman Informasi

400 RIBU ORANG INGIN SERBU AREA 51 DI AS UNTUK MELIHAT MAHKLUK ASING.





Hampir 400,000 orang setakat ini ingin menyerbu sebuah kawasan terkenal dengan penuh misteri di Nevada, Amerika Syarikat yang dipanggil sebagai Area 51. 

Ini berikutan satu acara melalui Facebook yang dinamakan Storm Area 51 telah menjadi sensasi dimana penganjur mengajak semua pengguna Facebook untuk berkumpul di Pusat Pelancongan Makhluk Asing Area 51 dan dari sana mengkoordinasi untuk menyerbu masuk ke kawasan misteri tersebut. Penganjur mencadangkan sekiranya mereka semua berlari ala Naruto berlari, pihak pengawal Area 51 tidak akan berani membuat tembakan.

Walau bagaimanapun, acara tersebut hanyalah seperti kata-kata kosong untuk mendapatkan pendapat dan suara ramai dan tidak sebenarnya akan dilaksanakan.




Sedikit maklumat mengenai Area 51 bermula apabila sebuah kisah konspirasi yang mana dipercayai kawasan tersebut terdapat simpanan kapal angkasa UFO. Kawasan ini sebenarnya ialah sebuah markas Tentera Udara AS terletak kira-kira 150 batu dari Las Vegas dimana dipercayai saintis kerajaan membuat reverse-engineering terhadap teknologi canggih makhluk asing. 

Kisah misteri tersebut menjadi terkenal lagi apabila terdapat banyak saksi melihat kelibat UFO di kawasan berkenaan dan juga pengakuan daripada pegawai askar yang bersara memberitahu dia pernah diberikan kebenaran untuk menyiasat peralatan kapal angkasa makhluk asing yang dikatakan pernah terjatuh di Roswell, AS.

Namun begitu, kerajaan AS sebenarnya telah membuat rekaan kapal terbang yang canggih dan peralatan senjata rahsia berhampiran kawasan Area 51 iaitu di markas tentera udara Nellis. Kapal perang yang pernah dibuat di sana termasuk kapal terbang pengebom Stealth.




Kerajaan AS juga telah secara rasmi menetapkan kawasan ini sebagai kawasan larangan yang boleh mengugat keselamatan negara menambahkan lagi spekulasi kawasan Area 51 sebagai tempat persembunyian makhluk asing dan kapal angkasa dunia luar.


(Sumber: www.cnet.com dan Wikipedia )

Catat Ulasan

0 Ulasan