ADAKAH INI MEMBUKTIKAN KEWUJUDAN HANTU DI SEKOLAH?

Lamanfo.com

Laman Informasi

ADAKAH INI MEMBUKTIKAN KEWUJUDAN HANTU DI SEKOLAH?



Video yang viral ini menunjukkan papan tanda yang bergoyang dengan sendirinya. Sejurus melihat papan tanda tersebut kita akan menyangkakan ianya ditiup oleh angin, gempa bumi atau diganggu oleh budak sekolah rendah tersebut tetapi apabila dilihat dengan lebih teliti hanya papan tanda nama ini sahaja yang bergoyang berbanding papan tanda yang lain dan selepas beberapa saat ianya bergoyang dengan lebih laju.




Adakah ini menunjukkan penglibatan makhluk halus atau suatu kuasa ajaib yang tidak diketahui? Ataupun sesuatu kejadian aneh yang dipanggil "Poltergeist"?

Sekiranya dilihat dari segi saintifik dalam ujikaji pendulum yang diikat dengan benang dan digoyangkan dari kiri ke kanan akan berkurang akhirnya terhenti apabila momentumnya berkurangan disebabkan geseran objek dan udara sekeliling.

Pembaca dialu-alukan untuk memberi penyelesaian kepada kejadian ini mengikut pengalaman masing-masing.

Post a comment

0 Comments