Lamanfo.com

Laman Informasi

ADAM ROBOT HUMANOID PERTAMA MALAYSIA




Kuala Lumpur: Baru-baru ini semasa sidang kemuncak bertajuk Beyond Paradigm pada 17 Julai, Malaysia diperkenalkan dengan Sophia, sebuah robot menyerupai wanita yang telah direkacipta oleh Hanson Robotics, syarikat dari Hong Kong pada tahun 2016.

Robot Sophia telah berdebat dengan YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, Menteri Sukan Malaysia dan disaksikan juga oleh Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohammad.

Sidang kemuncak yang bersidang selama 2 hari itu menpamerkan teknologi canggih dalam automasi dan pertukaran maklumat dalam mencapai Revolui Industri Ke-4 (IR 4.0).

Robot Sophia mungkin tidak menyedari bahawa Malaysia juga mempunyai robotnya sendiri bernama ADAM atau Advanced Development Autonomous Machine yang direkacipta oleh syarikat Robopreneur Sdn. Bhd yang bertapak di Cyberjaya.

Pengasas dan juga CEOnya Dr Hanafiah Yussof berkata ADAM diaktifkan pada Mac 2019 selepas setahun kajian dan pembinaan menjadikan ADAM sebagai robot pertama negara ini.

Robot humanoid tersebut mempunyai berat 44kg dengan kebebasan gerakan badan sebanyak 22 darjah untuk badan bahagian atas termasuk jari-jari, kebolehan berinteraksi dengan manusia dan menggunakan pengesanan suara dan pengenalpastian yang dikuasai oleh teknologi kebolehan buatan atau Artificial Intelligence (AI).


Sophia Humanoid Robot

“Idea untuk merekacipta robot humanoid tersebut sebenarnya satu inisiatif dalam visi Malaysia mencapai IR 4.0 dimana pembinaannya dapat memajukan lagi teknologi robotik, perkomputeran canggih, penyatuan pengesan dan AI sebagai komponen utama dalam IR 4.0.

“Ia sebenarnya projek jangkamasa 5 tahun tetapi sekarang kita telah menyiapkan fasa pertama dalam masa setahun,” beliau memberitahu Bernama.

Dr Hanafiah memberitahu ADAM akan disiapkan dalam 3 fasa dimana fasa kedua akan memfokuskan kepada pembinaan tubuh badan lengkap.

Fasa ketiga pula akan menjurus kepada kebolehan robot untuk belajar dan kebolehan untuk bercakap seperti manusia, pengenalan visual dan pengesanan emosi. 

“Fasa ketiga juga kita akan memasang ciri-ciri kemanusiaan seperti kulit.

“Kami berharap robot ini akan mempunyai ciri-ciri seperti orang Malaysia dan akan dijadikan ikon Malaysia,” kata Dr Hanafiah bila ditanya perbezaan robot tersebut dengan robot Sophia.

Beliau turut berkata syarikat bercadang untuk mengeluarkan lebih banyak robot ADAM kerana robot tersebut telah tersedia untuk digunakan sebagai bahan kajian dan pembangunan dalam pengunaan robot sebagai alat sosial dan penjagaan kesihatan dalam persekitaran manusia.

“Saya percaya sekiranya kita hendak berdaya maju dalam industri AI, kita perlu bermula awal dan dengan kerjasama, pembiayaan cukup dan perlaksanaan projek yang teratur kita akan tidak jauh ketinggalan daripada negara-negara seperti China, Amerika Syarikat dan Jepun,” tambah beliau.


 (Sumber: Bernama)

Catat Ulasan

0 Ulasan