Terdapat banyak agensi dan
jabatan kerajaan untuk mengambil tindakan terhadap banyak jenis aduan pengguna
tetapi agak sukar untuk berhubung terus dengan agensi dan jabatan tersebut. Sekarang
ianya tidak lagi menjadi masalah kerana anda boleh membuat aduan, cadangan dan
pertanyaan kepada 460 agensi kerajaan dengan menggunakan satu aplikasi baru.
Menurut NST, aplikasi
generasi kedua ini dikenali sebagai “Respons Rakyat” (RR 2.0) yang membolehkan
pengguna untuk berhubung dengan agensi yang tertentu. Agensi tersebut termasuk
kementerian, jabatan, kerajaan negeri, penguasa tempatan dan juga syarikat
berkaitan kerajaan.
Aplikasi tersebut telah
dilancarkan pada 18hb Julai 2019 oleh Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr.
Mahathir Mohammad semasa acara khas yang dilaksanakan di pejabat Perdana
Menteri. Dalam kenyataan oleh Biro Aduan Awam (PCB), rakyat boleh
mengemukakan aduan mereka kepada 460 agensi yang meliputi 25 kementerian, 257
agensi pusat, 13 pejabat setiausaha negeri, 149 penguasa tempatan dan 16
syarikat utiliti.
![]() |
Aplikasi Respons Rakyat |
“RR 2.0 akan menggantikan RR 1.0 yang telah dihasilkan pada May 2016. Versi baru ini mempunyai kebolehan untuk memuatnaik video dan audio dimana versi dahulu hanya boleh memuatnaik fail gambar dan dokumen sahaja. Versi baru ini juga dapat memaklumkan kembali kepada pengadu sekiranya ada mesej terbaru. Versi lama hanya menerima aduan menerusi panggilan dan emel sahaja,” menurut mereka.
![]() |
4 Jenis Aduan Respons Rakyat |
Versi ini juga
membolehkan pengadu untuk membuat susulan terhadap aduan yang dibuat dan soalselidik
kepuasan pengguna juga terdapat pada aplikasi tersebut.
PCB melaporkan RR 1.0 telah menerima sejumlah 2,089 aduan
sejak Mei 2016 sehingga 31hb Disember 2018 yang menunjukkan aplikasi
tersebut ada digunakan. PCB juga berkata jumlah aduan semakin bertambah dari tahun ke tahun
dan mereka berkeyakinan versi baru ini akan mendapat sambutan yang baik.
“Daripada jumlah
tersebut, 48.6 peratus atau 1,016 aduan ditujukan kepada penguasa
tempatan, diikuti dengan 26.6 peratus atau 555 aduan ditujukan kepada kementerian
dan agensi kerajaan, 19 peratus atau 354 aduan ditujukan kepada kerajaan negeri
dan 7.9 peratus atau 164 aduan kepada syarikat persendirian, syarikat berkaitan
kerajaan,” menurut kenyataan PCB.
Anda boleh memuatnaik
aplikasi tersebut dari Apple App Store dan Google Play Store dan adalah diingatkan
bahawa anda perlu mendaftar terlebih dahulu sebelum membuat aduan.
(Sumber: NST)
0 Ulasan