Google mengumpul maklumat daripada telefon pintar Android anda khususnya untuk tujuan pengiklanan. Walau bagaimanapun, anda boleh menghadkan jumlah tersebut dengan sedikit olahan pada tetapan (settings).
Sebagai
contoh, pada “Akaun > Google”,
anda boleh menyahaktifkan segerak (syncing) untuk aplikasi yang tidak digunakan
dan pada aplikasi papan kekunci Gboard, anda boleh mematikan "Cadangan Peribadi" (personalised suggestion)
dan "Kongsi Statistik Penggunaan" (share usage statistics).
Pada
“Apps”, adalah lebih baik untuk membuang atau uninstall semua aplikasi Google yang tidak digunakan
menurut nasihat pakar. Terdapat aplikasi yang tidak dapat dibuang tetapi anda
boleh mematikan atau disable aplikasi tersebut.
Dengan
mematikan fungsi “Backup and restore” anda boleh mengelakkan senarai nombor telefon dan kata laluan Wifi anda daripada disimpan dalam server Google.
Dan
dengan menavigasi “Google >
Advertising”, anda boleh mematikan iklan.
Memandangkan
sekarang ini anda masih berada pada tetapan Google, anda boleh mencuba keseluruhan olahan
yang tersedia dan membuat keputusan sama ada memerlukan simpanan maklumat
untuk semua ciri sebagai contoh, anda boleh memilih untuk mematikan simpanan
Google mengenai sejarah lokasi anda.
0 Ulasan