Lamanfo.com

Laman Informasi

BAGAIMANA MENGHILANGKAN DATA DENGAN SEMPURNA.


Adakah anda ingin menjual atau mendermakan komputer riba atau telefon pintar anda yang lama? Sebelum berbuat demikian adalah lebih selamat memadamkan dahulu semua data anda dalam peranti tersebut. Walau bagaimanapun, ianya tidak semudah menekan butang delete atau memindahkannya ke dalam bin atau pun juga memadam sistem operasinya.

Untuk memadamkan semua data tersebut secara keseluruhan dan sempurna, anda memerlukan perisian seperti Darik's Boot and Nuke (DBAN). Perisian ini dapat memadamkan semua data sehingga ke tahap ianya tidak dapat dikembalikan lagi menurut Federal Office for Information Security negara Jerman atau singkatannya BSI.

Walau bagaimanapun, proses memadamkan data untuk pemacu keras (hard drive) yang moden yang menggunakan cip memori (SSD) dan juga yang jenis hibrid iaitu gabungan cip memori dan pemacu keras jenis biasa (SSHD) adalah agak berbeza. 

Dalam kes sebegini anda boleh menggunakan Secure Erase yang memadamkan data yang ada dalam pemacu keras. 

Sekiranya menggunakan Secure Erase tidak berkesan, BSI menasihatkan  anda menggunakan Parted Magic sebagai alternatif.

Bagaimana pula dengan telefon pintar dan tablet? 

Menetapkan semula kepada penetapan asal kilang (factory setting) adalah tidak memadai menurut BSI.

Untuk mengelakkan data anda terus dalam simpanan anda perlu aktifkan data encryption pada setting sebelum anda menekan reset. Dengan cara demikian, semua data akan menjadi tidak tersusun (scrambled) dan tidak boleh digunakan semula.

Sekiranya alat tersebut tidak dapat menyokong encryption, pilihan lain ialah dengan mula-mula memadamkan data anda dan kemudian isikan pemacu keras dengan data-data lain seperti video dinding putih, menurut nasihat BSI. Pastikan tiada suara latar pada video tersebut semasa rakaman dibuat.

Kemudian padam sekali lagi dan reset alat tersebut kepada factory setting

Selamat mencuba.


(Sumber: The Star)

Catat Ulasan

1 Ulasan