![]() |
MySPRDaftar |
SPR telah melancarkan satu laman web yang membolehkan anda mendaftar
sebagai pengundi. Anda bermula dengan mendaftar sebagai pengguna akaun pada
laman web SPR dengan mengisikan borang yang tertera. Anda juga perlu mengisikan
nombor telefon bimbit dan juga alamat email anda berserta dengan paparan
gambar muka depan kad pengenalan dan juga gambar selfie anda.
Sehubungan dengan itu,
satu peraturan telah diluluskan untuk
pendaftaran pengundi secara otomatik. Walau bagaimanapun, pengerusi SPR, En. Azhar Harun mempelawa
semua yang masih belum mendaftar pengundi agar mendaftar di laman web tersebut sekarang. Ini kerana proses sebenar untuk penyediaan sistem pendaftaran pengundi secara otomatik dijangka akan mengambil masa setahun lebih. Ini bermakna sistem tersebut hanya akan
tersedia seawal tahun 2021.
Walau bagaimanapun, anda tidaklah perlu hanya menunggu
pendaftaran pengundi secara otomatik tersebut. Ini kerana Pilihan Raya Negeri Sarawak yang seterusnya
mestilah dilaksanakan selewatnya pada tahun 2021 manakala Pilihan Raya Umum ke-15 dalam tahun 2023.
(Sumber: SPR, Lowyat)
(Sumber: SPR, Lowyat)
0 Ulasan