Lamanfo.com

Laman Informasi

DAHULU HUAWEI SEKARANG MUNGKIN GILIRAN SAMSUNG




Sumber berita melaporkan  penjualan paparan skrin dan semikonduktor  Samsung mungkin  tergugat apabila Jepun menggunakan taktik yang sama seperti  Amerika Syarikat  terhadap Huawei.

Taktik tersebut dimulakan oleh AS terhadap Huawei dengan menuduh syarikat Huawei menggunakan rangkaian 5G untuk tujuan perisikan terhadap AS. Walau bagaimanapun, larangan tersebut telah ditamatkan selepas perjumpaan Presdien Trump dengan Presiden  Xi  baru-baru ini.

Jepun telah mengemukakan cadangan untuk mengenakan sekatan terhadap export material berteknologi tinggi yang diperlukan  untuk pembuatan skrin dan cip ke Korea Selatan berikutan pertikaian mengenai  buruh paksa warga Korea Selatan kepada syarikat Jepun semasa Perang  Dunia Kedua sepertimana yang dilaporkan oleh Menteri  Industri  Jepun dan mendapat kecaman dari Korea Selatan.



Menurut  sejarah tahun 1910 hingga 1945, Korea Selatan adalah dalam jajahan Jepun. Walau bagaimanapun,kedua-dua negara telah mengeratkan hubungan diplomatik pada tahun 1965 dan pihak Jepun menganggap isu buruh paksa telah diselesaikan. 

Namun begitu,  mahkamah tinggi Korea Selatan  telah mengeluarkan arahan kepada Nippon Steel dan Mitsubishi untuk membayar pampasan kepada setiap warga yang terlibat sebagai buruh paksa sepanjang penjajahan tersebut dan pihak Jepun menganggap ianya sebagai sesuatu yang tidak wajar.

Walaupun sekatan yang bermula 4 Julai tersebut hanya melibatkan proses kawalan export tetapi ianya akan melambatkan proses sehingga beberapa bulan dan akan menyebabkan kerugian kepada beberapa syarikat Korea Selatan, seperti Samsung Electronics, SK Hynix dan LG Display. 

Material yang dimaksudkan ialah Flourinated Polymer (digunakan pada telefon pintar dan skrin TV), resist (digunakan untuk pemasangan cip pada PCB) dan gas Hidrogen Flouride asli (digunakan untuk etching semikonduktor).

Jepun mengeluarkan 90% Flourinated Polymer dan 70% Resist di dunia dan adalah agak sukar bagi Korea Selatan untuk mencari alternatif lain.

Sehubungan dengan itu, Menteri Indsutri Korea Selatan akan bertindak melapor kepada WTO.

Catat Ulasan

0 Ulasan