Lamanfo.com

Laman Informasi

HONG MENG BUKAN PENGGANTI ANDROID




Timbalan Presiden yang juga Ahli Lembaga Pengarah Huawei, Catherine Chen mengumumkan bahawa Sistem operasi Hongmeng tidak akan menggantikan Android untuk telefon pintar syarikat berkenaan. Sistem operasi Hongmeng sebenarnya diperkenalkan untuk tujuan bisnes dan IoT (Internet of Things).

Chen memberitahu semasa sesi meja bulat bersama media di Brussels, Belgium. Sistem operasi Hongmeng atau Hongmeng OS sebenarnya hanya bertujuan untuk kegunaan industri sahaja dan telah direkacipta lebih awal sebelum perang ekonomi di antara AS dan China bermula.

Chen menambah bahawa Hongmeng OS mempunyai kod yang lebih ringkas berbanding kod yang diperlukan untuk sebuah sistem operasi telefon pintar. Walau bagaimanapun, pendedahan Hongmeng OS  hanya diberitahu selepas AS menarik balik sekatan terhadap Huawei dan ianya menjadi persoalan sebenarnya terdapat niat untuk menjadikan Hongmeng OS sebagai sebuah sistem operasi telefon pintar.


(Sumber: GSMArena)

Catat Ulasan

0 Ulasan