Huawei dikaitkan dengan beberapa nama sistem operasinya yang dikatakan akan menggantikan Android pada masa hadapan. Terdapat laporan tak rasmi mengatakan nama sistem tersebut ialah Harmony dimana ianya telah didaftarkan di EU sebagai tanda dagangan (trademark).
Huawei dikatakan akan
memperkenalkan sistem operasi yang baru untuk telefon pintar mereka sebagai
persediaan sekiranya mereka kehilangan lesen untuk menggunakan Android di masa
akan datang.
Beberapa laporan yang
bercanggah telah dilaporkan mengenai nama baru sistem operasi baru Huawei.
Contohnya, mengenai berita bahawa sistem operasi baru Hong Meng dikatakan akan
digunakan sebagai sistem operasi menggantikan sistem Android tetapi telah
disangkal selepas penerangan oleh VP Huawei sendiri baru-baru ini.
Pendaftaran nama baru
tersebut dikatakan telah dihantar kepada pejabat Intellectual Property EU,
menggunakan nama ‘Harmony’ sebagai tanda dagang untuk “Downloadable Operating
System Programs” dan “Mobile Operating System”. Oleh itu, sekiranya laporan tak rasmi ini betul, Harmony kemungkinan akan menjadi sistem operasi untuk
sekurang-kurangnya telefon pintar Huawei.
Tidak jelas mengapa syarikat berkenaan memerlukan semua itu sekiranya pun laporan tersebut betul atau ianya sebagai salah satu langkah kontigensi Huawei.
(Sumber: www.notebookcheck.net)
Baca juga: HONG MENG BUKAN PENGGANTI ANDROID
0 Ulasan