Lamanfo.com

Laman Informasi

JAMBATAN HUBUNGKAN BATAM DAN BINTAN BAKAL DIBINA

 
 
JAKARTA: Indonesia bercadang membina jambatan menghubungkan Batam dan Bintan sejauh 7 km di Selat Melaka. 
 
Pembinaan jambatan ini bagi meningkatkan lagi industri pelancongan di kawasan Batam dan Bintan selain memudahkan penduduk untuk berulang-alik di antara dua kawasan tersebut.
 
Laporan daripada Reuters memetik bahawa pembinaan jambatan tersebut akan menelan belanja kira-kira RM1.1 bilion.

Pembinaan jambatan itu juga akan memanfaatkan perluasan Lapangan Terbang Changi di Singapura dengan pembangunan terminal 5 yang baharu, yang akan mempunyai hubungan pengangkutan ke Bintan.

Pembinaan jambatan itu dijangka akan bermula pada tahun 2020 dan penyiapan akan mengambil masa tiga hingga empat tahun.


(Sumber: Awani)

Catat Ulasan

0 Ulasan