JANA PENDAPATAN DI YOUTUBE SELAIN DARI IKLAN

Lamanfo.com

Laman Informasi

JANA PENDAPATAN DI YOUTUBE SELAIN DARI IKLAN



Youtube memberitahu semua pencipta video Youtube bahawa iklan bukan lagi menjadi sumber menjana pendapatan sebab terdapat cara yang lain.

Super Stickers diperkenalkan oleh Google pada bulan Julai membolehkan penonton untuk membeli animasi kecil yang muncul semasa perbualan secara langsung dengan bayaran bulanan keahlian. Youtube juga memperkenalkan ciri baru agar pencipta video dapat menjual lebih barang.

Pengumuman dibuat semasa persidangan VidCon yang diadakan di Anaheim, California yang sering dihadiri oleh selebriti dan peminat. Ia direka untuk memastikan Youtuber daripada mencari alternatif lain seperti Facebook Inc., Amazon.com Inc's Twitch dan lain-lain.

Semasa persidangan tahun lalu, Youtube telah memperkenalkan Super Chat, satu ciri yang membolehkan peminat membayar supaya mesej mereka dapat dibaca semasa tayangan langsung. Sekitar 20,000 saluran Youtube menjana pendapatan daripada ciri baru ini berbanding dengan pendapatan melalui iklan.


Youtube Super Chat

Pada tahun-tahun sebelumnya, beberapa pencipta video mengadu pendapatan mereka berkurang daripada Youtube. Ini kerana syarikat berkenaan telah mengurangkan jumlah video yang boleh mengiklan selepas aduan diterima mengenai iklan yang tidak bersesuaian. Youtube seperti juga Alphabet Inc's Google mendapat pendapatan lebih daripada pengiklanan. 


(Sumber: The Star)

 

Post a comment

0 Comments