Lamanfo.com

Laman Informasi

JUMLAH BELIA MALAYSIA AKAN BERKURANG SEBANYAK 5 JUTA ORANG

Malaysia akan kehilangan sejumlah 5 juta orang dari golongan belian selepas pindaan  Akta Pertubuhan dan Pembangunan Belia dikuatkuasakan.

Dewan Rakyat meluluskan pindaan tersebut pada 3hb Julai bagi menurunkan tahap umur belia daripada 40 tahun ke 30 tahun yang telah digazetkan untuk kuatkuasa pada 21hb Disember 2020.

Beberapa negeri menolak pindaan untuk menurunkan tahap umur belia dalam lingkungan umur 15-30 tahun tersebut iaitu negeri Johor, Sarawak, Selangor, Pahang, Perlis, Kelantan dan Kedah. Negeri-negeri ini menyatakan untuk mengekalkan tahap umur belia mereka pada 40 tahun.

Kaunselor eksekutif Kedah, Asmirul Anuar Aris  berkata negeri itu akan mengekalkan tahap umur belia pada 40 tahun tetapi akan menurunkannya juga kelak kepada 30 tahun menjelang tahun 2021.

Kaunselor Eksekutif Selangor, Mohd. Khairuddin Othman berkata negeri tersebut akan mengekalkan tahap umur belia pada 40 tahun untuk program kerajaan negeri.

Walau bagaimanapun, negeri Selangor akan mengikuti pindaan belia pada tahap umur 30 tahun untuk semua perkara yang di bawah kuatkuasaan kerajaan pusat.

Pengiraan kasar berdasarkan maklumat populasi yang terkini (setakat pertengahan 2018) daripada Jabatan Statistik menunjukkan purata 14 juta daripada 32.4 juta populasi Malaysia adalah dalam lingkungan umur 15 dan 40 tahun.

 
Statistik Belia Mengikut Negeri

Menurunkan tahap umur belia daripada 40 kepada 30 tahun bermakna jumlah bilangan belia akan menurun kepada 9 juta daripada 14 juta atau pun purata 28 peratus berbanding dahulu 45 peratus.

Ini akan menjadikan Malaysia secara tidak langsung menjadi negara dengan banyak warga berusia lanjut khususnya di beberapa negeri.

Negeri yang paling banyak kehilangan golongan belia ialah negeri Selangor.

Lebih kurang 1.3 juta orang di negeri tersebut setakat ini berada pada tahap umur di antara 30 dan 40 tahun.

Dalam kalangan tersebut, sesiapa yang berumur di antara 31 hingga 40 tahun tidak lagi boleh dipanggil belia selepas pindaaan tersebut dikuatkuasakan.

Sabah dan Johor terletak pada tangga kedua dan ketiga.

Lebih kurang 600,000 orang di setiap negeri tersebut tidak lagi bergelar belia selepas pindaan dikuatkuasakan.

Tempat keempat ialah Sarawak dimana jumlah belianya akan menurun sebanyak 400,000 diikuti oleh Kuala Lumpur dan Perak.


Wilayah persekutuan dan juga negeri-negeri di utara akan menyaksikan populasi belia menurun sebanyak 300,000 masing-masing.

Dari semua negeri dan wilayah persekutuan, Sabah setakat ini mempunyai peratus belia yang tertinggi dengan lingkungan umur 15 dan 39 tahun atau sebanyak 53.4 peratus atau lebih berbanding jumlah penduduk populasinya sejumlah 3.9 juta orang.

Tempat kedua Selangor (46.7%) diikuti Labuan (46.3%), Kuala Lumpur (44.9%), Pahang (44.8%), Melaka (44.5%) dan Sarawak (44.2%).

Pada 3hb Julai, Menteri Pelancongan, Seni dan Kebudayaan, Belia dan Sukan negeri Sarawak, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah dilaporkan berkata bahawa hanya dewan perundangan negeri sahaja yang dapat memberi keputusan sama ada bercadang untuk menerima pakai perubahan tahap umur belia tersebut.

Beliau berkata walaupun pindaan tersebut telah diluluskan oleh Dewan Rakyat, ianya masih perlu melalui Dewan Negara sebelum dapat digazetkan.

Pada Khamis, Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengingatkan semua pihak agar bersetuju dengan keputusan kerajaan untuk menurunkan tahap umur belia.

 


(Sumber: The Star)

Catat Ulasan

1 Ulasan

  1. Borgata Hotel Casino & Spa - JTR Hub
    Located in Atlantic City, Borgata 1등 사이트 Hotel https://tricktactoe.com/ Casino & Spa offers the finest in amenities and entertainment. It novcasino also provides 출장안마 a goyangfc seasonal outdoor swimming

    BalasPadam