Microsoft
telah membuat demonstrasi teknologi HoloLens yang direkacipta
menggunakan perkhidmatan Azure AI yang menggambarkan hologram seorang jurucakap
bersaiz penuh yang boleh bercakap
pelbagai bahasa.
Semasa
persidangan Microsoft’s Inspire (Julai 2019) syarikat berkenaan mempersembahkan
teknologi HoloLens dimana seorang jurucakap digambarkan semula secara hologram
untuk menyampaikan ucapan dalam bahasa Jepun.
Jurucakap
tersebut ialah Naib Presiden Microsoft Corporate, Julia White yang juga
eksekutif dilantik untuk berkerjasama
dengan Azure AI. Sebelum persembahan tersebut, beliau diimbas di Mixed Reality
Studio agar hologram beliau lengkap dengan pakaian yang beliau gunakan masa itu
dapat dipersembahkan semula di hadapan penonton persidangan tersebut.
Sampel
suara beliau diambil menggunakan teknologi daripada Acure AI yang menukarkan bahasa percakapan beliau kepada bahasa Jepun
menggunakan Neural-Text-to-Speech. Ia juga mengekalkan tone suara dan gaya
penyampaian beliau.
Dengan
adanya maklumat yang dikumpulkan dan digabungkan, penonton Jepun yang
menggunakan HoloLens dapat melihat beliau membuat ucapan dalam bahasa Jepun
seolah-olah beliau berada betul-betul di hadapan mereka.
Tonton Video: Teknologi HoloLens
(Sumber: The Star)
0 Ulasan