RUMAH THE CONJURING MEMANG SEBENARNYA BERHANTU

Lamanfo.com

Laman Informasi

RUMAH THE CONJURING MEMANG SEBENARNYA BERHANTU



RHODE ISLAND: Sepasang suami isteri dari Mexico, Maine mengakui mengalami gangguan misteri dan kejadian aneh selepas membeli rumah ladang yang menjadi lokasi penggambaran filem seram The Conjuring di Rhode Island, Amerika Syarikat.

Hampir 2 bulan tinggal di rumah tersebut, mereka sering terdengar bunyi suara-suara pelik, hentakan kaki dan ketukan di sekitar rumah selain daun pintu terbuka dan tertutup dengan sendirinya.

Pasangan Cory dan Jennifer Heinzen yang merupakan penyelidik paranormal sejak 10 tahun lalu bagaimanapun masih enggan meninggalkan rumah tersebut.

“Agak sukar untuk tinggal di rumah itu. Ia kedengaran sangat ‘sibuk’. Kali pertama bermalam seorang diri di situ agak menyeramkan.

“Bohong kalau saya katakan saya tidak gementar, tetapi itulah tujuan utama saya,” tambah Cory.

The Conjuring merupakan sebuah filem seram yang ditayangkan pada tahun 2013 yang dibintangi Vera Farmiga dan Patrick Wilson, yang membawa watak ED dan Lorraine Warren, berdasarkan kisah benar pasangan suami isteri itu

Filem berkenaan mengisahkan tentang penyiasatan paranormal untuk membantu keluarga Perron (lakonan Ron Livingston dan Lili Taylor) yang mengalami peristiwa mistik di rumah mereka di Harrisville, Rhode Island pada tahun 1971.

“Kami merancang untuk melestarikan sejarah rumah ini sebelum membukanya kepada pengunjung dan penyelidik paranormal hujung tahun ini,” katanya.


(Sumber: Awani)

Post a comment

0 Comments