Nasa
telah mengesan satu asteroid yang berpotensi melanggar bumi tahun depan dan
boleh mengakibatkan perubahan teruk kepada cuaca dan atmosfera bumi. Ianya
seperti dalam cerita fiksyen sains tetapi ia berkemungkinan besar boleh
terjadi.
Asteroid
tersebut dinamakan “1998 OR2” yang mempunyai diameter lebih kurang dua setengah
batu. Asteroid 1998 OR2 dijumpai kali pertama pada 24hb Julai 1998 dan
diklasifikasikan sebagai objek berdekatan Bumi dan berpotensi sebagai asteroid
yang merbahaya daripada kumpulan Apollo.
Menurut
Pusat Penyelidikan Objek Berdekatan Bumi, ianya akan lalu melepasi bumi pada
kira-kira jam 10 pagi, 29hb April 2020. Ianya akan lalu pada jarak 3.9 juta batu daripada bumi tetapi sekiranya
terdapat gangguan semasa perlintasan tersebut ianya berpotensi melanggar bumi.
Asteroid ini mengambil masa 3.7 tahun untuk melengkapkan satu pusingan orbit dan akan lalu dengan
jarak paling dekat dengan Bumi pada April 2079.
Saiz
asteroid tersebut dilaporkan sebesar
Taman Central Park di New York dan boleh meliputi sebahagian besar kota
London bermula dari Covent Garden ke utara kawasan Islington.
Salah satu faktor yang boleh menyebabkan laluan asteroid tersebut terganggu ialah
sekiranya ia melepasi pusat tarikan graviti bumi.
Perlanggaran
juga boleh terjadi apabila berlaku kesan Yarkovsky dimana haba yang dikeluarkan
daripada sesuatu objek seperti matahari berupaya mengubah pusingan sesebuah
asteroid dan menolaknya untuk berlanggar dengan planet kita.
Bekas
ahli Kongres Republikan AS dan juga salah seorang pengurusan tertinggi NASA,
Jim Brindenstine memberi amaran walaupun kebarangkalian perlanggaran tidak akan
berlaku dalam masa terdekat ini tetapi ianya tetap akan berlaku juga satu masa
kelak.
“Kita
perlu faham bahawa ini bukan seperti cerita Hollywood dan bukan mengenai cerita
wayang,” kata Jim Brindenstine.
Para
saintis memberitahu bahawa asteroid yang berbahaya kepada manusia yang juga
menyebabkan kepupusan dinosaur berjuta tahun dahulu akan berlanggar dengan Bumi
pada setiap 100 juta tahun.
(Sumber:
Great Lakes Ledger dan Wikipedia )
0 Ulasan