Lamanfo.com

Laman Informasi

ASTEROID LALU HAMPIR DENGAN BUMI TAHUN 2020



Nasa telah mengesan satu asteroid yang berpotensi melanggar bumi tahun depan dan boleh mengakibatkan perubahan teruk kepada cuaca dan atmosfera bumi. Ianya seperti dalam cerita fiksyen sains tetapi ia berkemungkinan besar boleh terjadi.

Asteroid tersebut dinamakan “1998 OR2” yang mempunyai diameter lebih kurang dua setengah batu. Asteroid 1998 OR2 dijumpai kali pertama pada 24hb Julai 1998 dan diklasifikasikan sebagai objek berdekatan Bumi dan berpotensi sebagai asteroid yang merbahaya daripada kumpulan Apollo.

Menurut Pusat Penyelidikan Objek Berdekatan Bumi, ianya akan lalu melepasi bumi pada kira-kira jam 10 pagi, 29hb April 2020. Ianya akan lalu pada jarak  3.9 juta batu daripada bumi tetapi sekiranya terdapat gangguan semasa perlintasan tersebut ianya berpotensi melanggar bumi.

Asteroid ini mengambil masa 3.7 tahun untuk melengkapkan satu pusingan orbit dan akan lalu dengan jarak paling dekat dengan Bumi pada April 2079.

Saiz asteroid tersebut dilaporkan sebesar  Taman Central Park di New York dan boleh meliputi sebahagian besar kota London bermula dari Covent Garden ke utara kawasan Islington.

Salah satu faktor yang boleh menyebabkan laluan asteroid tersebut terganggu ialah sekiranya ia melepasi pusat tarikan graviti bumi.

Perlanggaran juga boleh terjadi apabila berlaku kesan Yarkovsky dimana haba yang dikeluarkan daripada sesuatu objek seperti matahari berupaya mengubah pusingan sesebuah asteroid dan menolaknya untuk berlanggar dengan planet kita.

Bekas ahli Kongres Republikan AS dan juga salah seorang pengurusan tertinggi NASA, Jim Brindenstine memberi amaran walaupun kebarangkalian perlanggaran tidak akan berlaku dalam masa terdekat ini tetapi ianya tetap akan berlaku juga satu masa kelak.

“Kita perlu faham bahawa ini bukan seperti cerita Hollywood dan bukan mengenai cerita wayang,” kata Jim Brindenstine.

Para saintis memberitahu bahawa asteroid yang berbahaya kepada manusia yang juga menyebabkan kepupusan dinosaur berjuta tahun dahulu akan berlanggar dengan Bumi pada setiap 100 juta tahun.


(Sumber: Great Lakes Ledger dan Wikipedia )

Catat Ulasan

0 Ulasan