Para
pengkaji dari Universiti Harvard dan MIT-IBM Watson AI Lab telah
memeperkenalkan satu alat perisian kecerdasan buatan (AI) dinamakan GLTR (Giant
Language Model Test Room) yang berkebolehan untuk melihat binaan ayat yang
dibuat menggunakan AI.
AI dapat dilatih untuk membina perkataan demi perkataan melalui proses ramalan ayat dan membentuk satu ayat lengkap.
Ini dapat membuatkan mesin untuk membina ayat yang hampir
sama dengan ayat yang dibuat oleh manusia sekiranya dibaca oleh pembaca kurang berpengalaman.
“Tujuan
GLTR ialah untuk membuat model yang boleh membina teks palsu sebagai alat
pengesan,” tambah laporan tersebut.
Alat
tersebut memaparkan ayat-ayat berdasarkan penggunaannya dan kekerapan sesuatu
ayat akan digunakan semula membolehkan pembaca meramal siapa yang menulisnya.
“Setiap
teks akan dianalisa dengan kebarangkalian ayat-ayat yang diramal mengikut
konteks ayat tersebut" tambah laporan itu lagi.
Ianya
akan menandakan tahap kebolehramalan sesuatu ayat mengikut kod warna daripada
warna hijau yang paling mudah diramalkan ke warna ungu untuk yang paling sukar
diramalkan.
Sekiranya
sesebuah teks diwarnai dengan warna merah dan ungu bermaksud ianya mempunyai kebarangkalian
tinggi dikarang oleh manusia. Ini penting dalam mengesahkan kandungan artikel,
muatnaik yang ada dalam Facebook dan juga Twitter.
Anda
boleh mencuba GLTR di sini.
(Sumber: The Star)
0 Ulasan