Lamanfo.com

Laman Informasi

KACAMATA PINTAR


Revolusi teknologi sekarang telah berkembang bermula dari telefon bimbit yang telah menjadi peranti pintar kepada peralatan rumah seperti  televisyen pintar dan peti sejuk pintar yang dapat berintegrasi dengan telefon pintar.

Kacamata pintar pula walaupun sudah lama diperkenalkan tetapi masih belum ada yang dapat berfungsi dengan baik termasuklah kacamata yang direkacipta oleh Google. Walau bagaimanapun, dunia mungkin sudah mendapat kacamata pintar yang dijangka akan menjadi laris  dinamakan Norm Glasses.

Norm Glasses ialah sejenis kacamata AR (Augmented Reality) yang telah direkacipta seperti kacamata biasa. Ianya mempunyai bentuk, berat dan boleh dilipat seperti kacamata biasa dan boleh diubahsuai mengikut kesesuaian pengguna seperti kacamata gelap.

Cabaran paling sukar untuk membina kacamata AR untuk digunakan secara komersil ialah menghasilkan litar pemproses yang bersaiz kecil tidak kira dari segi optikal, elektrikal atau pun mekanikal kepada kacamata bersaiz biasa.

Dengan penggunaan kacamata pintar ini, pengguna dapat berinteraksi dengan dunia digital hanya dengan menggunakan suara dan sentuhan. Kacamata Norm mempunyai 20 darjah liputan pandangan yang luas dan boleh disambungkan menggunakan Bluetooth melalui telefon pintar Android atau IOS. 

Dua pembesar suaranya direkacipta agar membolehkan bunyi dapat didengari bersama-sama dengan bunyi persekitaran sekeliling. Manakala, mikrofonnya pula mempunyai pelarasan tahap bunyi yang memastikan orang sekeliling tidak terganggu. 





Apabila disambungkan dengan telefon pintar, kacamata Norm dapat membolehkan penggunanya melihat dan menjawab pesanan teks, panggilan telefon, melayari internet tanpa mengalihkan mata daripada jalanraya, memeriksa pasaran saham, memanggil Grab dan lebih lagi. 

Fungsinya dapat ditambah dengan memuat turun aplikasi seperti dalam telefon pintar dan boleh berintegrasi dengan pelbagai arahan suara. Pengguna boleh berkomunikasi, mengambil atau berkongsi maklumat tanpa menggunakan tangan atau memegang telefon pintar. 

Kacamata Norm dijangka akan dikeluarkan secara rasmi pada Januari 2020 dengan harga lebih kurang RM 1,200. 

Dapatkan maklumat terkini mengenai kacamata Norm dengan menekan butang like pada laman Facebook mereka.

Sila lihat Video: Norm Glasses


(Sumber: Stuff )


Anda Mungkin Berminat:  MICROSOFT MEMPERKENALKAN HOLOGRAM SESEORANG YANG BOLEH BERCAKAP PELBAGAI BAHASA

Catat Ulasan

0 Ulasan