Lamanfo.com

Laman Informasi

TNB BERSEDIA UNTUK PASARAN TERBUKA






Tenaga Nasional Berhad membuat penstrukturan dalaman dengan memisahkan penjanaan kuasa dan juga perniagaan runcitnya menjadi dua senarai entiti yang dikenali sebagai GenCo dan RetailCo.

Kenanga Research memberitahu penstrukturan tersebut akan membuka jalan ke arah reformasi pasaran yang melihat pemain baru dalam industri pembekalan elektrik.

TNB mengumumkan akan menubuhkan dua anak syarikat baru untuk bisnes penjanaan kuasa untuk pengguna domestik (GenCo) dan perniagaan runcit elektrik (RetailCo).

Walau bagaimanapun, struktur perniagaan yang lain seperti rangkaian penghantaran dan pembahagian, bisnes antarabangsa dan pusat korporat tidak akan berubah pada peringkat kumpulan.

Penstrukturan tersebut dijangka akan siap sepenuhnya pada bulan September tahun ini.

Ianya juga adalah sebagai persediaan kepada reformasi industri pembekalan elektrik dimana kerajaan dijangka akan memperkenalkan Malaysia Electricity Supply Industry 2.0 pada bulan depan, kata Kenanga Research.

"Memandangkan perniagaan runcit menjangkakan  keterbukaan kepada pemain baru, RetailCo telah bersedia untuk meningkatkan lagi kecekapan kadar kutipan dari pengguna yang mana kadar terkini kurang daripada satu sen per kiloWatt jam (kWh).

"Dalam masa yang sama, ianya akan melibatkan juga penjanaan tenaga solar bumbung rumah dan juga tawaran seperti multi-utility bundling dan pengebilan, rangkaian jalur lebar Fibre-to-the-Home atau penjualan produk pihak ketiga," lapor firma tersebut.

Dalam masa yang sama, GenCo mensasarkan peningkatan penjanaan tenaga boleh baharu melalui penyertaan skim solar berskala besar disamping penjanaan konvensional.

Kenanga Research berkata bagi petunjuk saiz aset, nilai buku tahun kewangan 2018 untuk RetailCo ialah RM1.84 bilion berbanding nilai buku kumpulan sebanyak RM59.05 bilion manakala GenCo mempunyai nilai buku sebanyak RM12.14 bilion.

Firma itu mengekalkan kerisauan persaingan terbuka terhadap TNB telah diatasi kerana RetailCo hanya akan menyumbang kurang daripada tiga peratus kepada pendapatan kumpulan.

"Sumbangan dari kedua-dua entiti ini agak kecil buat masa ini, dengan pendapatan RetailCo sebelum cukai dan faedah (EBIT) sebanyak RM200 juta hanya menghasilkan kurang daripada tiga peratus EBIT kumpulan yang bernilai RM6.7 bilion untuk FY18, manakala GenCo RM1.6 bilion menyumbang 5.4 peratus daripada pendapatan kumpulan."

Kenanga Research menambah bahawa TNB telah mensasarkan EBIT sebanyak RM13.0 bilion menjelang 2025 dengan pendapatan RetailCo meningkat kepada RM700 juta dan GenCo kepada RM2.6 bilion.



(Sumber: NST)

Catat Ulasan

0 Ulasan