APLIKASI PENGIMBAS PDF ANDROID YANG BERBAHAYA

Lamanfo.com

Laman Informasi

APLIKASI PENGIMBAS PDF ANDROID YANG BERBAHAYA




Sekiranya anda telah ada atau bercadang untuk menggunakan aplikasi CamScanner maka laporan daripada Kaperksky Lab akan merisaukan anda.

Ini kerana Kapersky Lab telah menemui modul trojan di dalam aplikasi tersebut. 

Namun begitu, aplikasi ini yang membolehkan penggunanya menukarkan imej kepada dokumen dalam format PDF dilaporkan telah dimuat turun lebih 100 juta kali dari Google Play Store.

Modul The Trojan Dropper pada aplikasi tersebut ditemui dalam senarai pengiklan pihak ketiga yang baru sahaja diperkenalkan oleh CamScanner dan versi yang dijangkiti dengan malware ialah dari versi yang percuma sahaja. 

Versi aplikasi CamScanner yang berbayar masih boleh didapati di Play Store tetapi adalah dinasihatkan untuk memadamkan atau menyah-muat turun aplikasi tersebut adalah jalan yang lebih selamat.

"Kaspersky mengesan komponen jahat ini yang dikenali  sebagai Trojan-Dropper. AndroidOS.Necri.n. Kami melaporkan penemuan ini kepada syarikat Google dan aplikasi tersebut telah dikeluarkan dari Google Play."

-Kaspersky-

Penemuan ini dijumpai selepas pengguna melaporkan kelakuan yang mencurigakan di dalam aplikasi tersebut dimana trojan telah membolehkan penjenayah untuk menggunakan telefon pintar mangsa dengan gangguan iklan dan meminta pengguna melanggan dalam aplikasi berbayar.

Menurut Kaspersky, "Pengguna kepada modul jahat tersebut dapat menggunakan telefon pintar yang dijangkiti dengan apa cara yang mereka kehendaki, daripada menunjukkan mangsa iklan yang menganggu kepada mencuri duit daripada akaun telefon pintar tersebut dengan cara melanggan aplikasi berbayar. "

Perkara yang paling menakutkan tentang cerita serangan ini ialah aplikasi yang diserang telah mempunyai ramai pengguna dan Google telah banyak kali mengeluarkan aplikasi yang berbahaya dari Play Store. 

Walau bagaimanapun, Kaspersky menyatakan bahawa aplikasi seperti CamScanner hanya bermula apabila mereka menjalinkan kerjasama dengan pengiklan yang tidak bertanggungjawab. Firma berkaitan  keselamatan siber juga telah menjumpai modul berbahaya yang serupa di dalam beberapa telefon pintar buatan China dan ini merisaukan ramai pengguna.8

Oleh yang demikian, adalah penting untuk anda lebih berhati-hati sebelum memuat turun sesuatu aplikasi walaupun aplikasi tersebut mempunyai rating yang tinggi di Play Store. 

Buat pemeriksaan berkala terhadap kehadiran malware menggunakan perisian antivirus dan mengawasi kelakuan yang mencurigakan dalam aplikasi yang telah dimuat turun.


(Sumber: www.soyacincau.com)

Anda mungkin berminat:




Post a comment

0 Comments