Kenderaan
bulan daripada kapal angkasa Chang’e 4, buatan China telah menemui bahan tidak dikenali yang
bersifat seperti gel di bahagian gelap permukaan bulan.
Sebuah
peninjau bulan, yang dilancarkan pada awal Disember, telah mengambil bahagian
dalam penjelajahan bersejarah di sisi permukaan bulan yang jauh, kadang-kala
salah disebut sabagai "sisi gelap” bulan. Permukaan ini ialah permukaan
yang tidak kelihatan daripada bumi.
Chang'e
4 mendarat di permukaan bulan pada 3 Januari, menjadikannya kapal angkasa
pertama mendarat di tanah lembut kawasan permukaan bulan yang masih belum
dipetakan. Setakat ini hanya dua negara sahaja yang telah berjaya mendarat
di bulan iaitu Amerika Syarikat dan
Rusia.
Mengutip
penerbitan Our Space milik kerajaan
China, Space.com melaporkan bahawa kenderaan rover, Yutu 2, menemui bahan aneh
tersebut semasa ekspedisi yang bermula pada 25 Julai.
![]() |
Kawah di permukaan bulan |
Para
saintis yang mengetuai misi itu memutuskan untuk memberhentikan kenderaan rover
tersebut untuk menyiasat lebih lanjut bahan seperti gel yang dilaporkan mempunyai
warna yang luar biasa," kata Space.com.
Mereka
menjumpai bahan seperti gel tersebut ketika mengkaji foto dari kamera rover,
yang menemuinya dalam sebuah kawah kecil yang dikatakan Space.com sebagai
"bahan dengan warna dan kilauan" tidak seperti kawasan sekitarnya.
Penyelidik
mengandaikan bahawa bahan itu boleh jadi adalah "kaca cair," yang
terbentuk daripada meteorit yang terhempas di permukaan bulan, menurut
Space.com.
Walau
bagaimanapun, pentadbiran angkasa negara China tidak mengeluarkan gambar-gambar
gel misteri itu.
(Sumber: Insider)
0 Ulasan