HUKUM PERMAINAN MESIN 'CLAW' UNTUK UMAT ISLAM

Lamanfo.com

Laman Informasi

HUKUM PERMAINAN MESIN 'CLAW' UNTUK UMAT ISLAM



Sejak kebelakangan ini anda dapat melihat banyak mesin permainan 'claw' terutama di kebanyakan kompleks beli-belah dan pasaraya seluruh negara di Malaysia. Ada juga lot kedai yang dipenuhi dengan mesin 'claw' dan harga untuk satu permainan kelihatan berbeza-beza.

Kebanyakan mesin 'claw' menawarkan permainan patung yang berlainan saiz mengikut saiz 'claw' tersebut. Permainan ini kelihatan agak senang bagi anda tetapi apabila anda mula bermain ianya tidak seperti yang diharapkan.

Seringkali terjadi 'claw' sudah mencengkam dan mengangkat permainan di dalam tabung kaca tersebut tetapi ianya akan terjatuh semula sebelum sempat dijatuhkan ke lubang penerimaan hadiah. Ini memberi harapan untuk anda mencuba lagi beberapa kali sehingga berjaya.

Walau bagaimanapun, adakah anda tahu bahawa cengkaman 'claw' boleh diprogramkan untuk mencengkam kuat pada satu-satu masa sahaja?

Bukan itu sahaja, adakah anda tahu bahawa pemilik mesin boleh juga melaraskan 'dropping skil' pada mesin tersebut dan memaksa pemain untuk melakukan beberapa percubaan untuk memperolehi hadiah?

Dalam kes ini, pemilik juga agak berhati-hati kerana tiada sesiapa yang ingin bermain dengan sia-sia sahaja dan oleh sebab itu pemilik akan memastikan beberapa orang yang bermain akan memenangi hadiah. 

Biasanya pada mesin akan ditampalkan gambar-gambar pemenang atau dipaparkan di laman sosial untuk menarik pelanggan lain yang rasa tercabar.

Namun begitu, pihak Mufti telah mengharamkan permainan 'claw' ini disebabkan ianya terdapat unsur-unsur perjudian dan melibatkan nasib seseorang.

Firman Allah SWT:


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِنَّمَا الْخَمْرُ وَالْمَيْسِرُ وَالْأَنصَابُ وَالْأَزْلَامُ رِجْسٌ مِّنْ عَمَلِ الشَّيْطَانِ فَاجْتَنِبُوهُ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya.”

(Surah al-Maidah: 90)

Oleh yang demikian umat Islam diminta untuk tidak lagi bermain permainan ini.


(Sumber: Siakapkeli)

Catat Komen

0 Ulasan