Lamanfo.com

Laman Informasi

KETAHUI KADAR KELAHIRAN DAN KESUBURAN DI MALAYSIA

Malaysia dengan populasi 31.8 juta penduduk pada tahun 2016 berada pada tangga ke-41 populasi tertinggi di dunia. 

China merupakan negara paling tertinggi populasi penduduk di kalangan 195 negara di seluruh dunia dengan jumlah 1.4 bilion penduduk. 

Namun, adakah anda mengetahui mengenai kadar kelahiran dan kesuburan di Malaysia?

Gambar hiasan

1) Berapa jumlah bayi yang dilahirkan di Malaysia setiap hari?

Mengikut maklumat terkini, terdapat 511,865 kelahiran didaftarkan pada tahun 2014. Mengikut puratanya ialah 1,402 kelahiran setiap hari dimana terdapat 58 kelahiran setiap jam ataupun seorang bayi setiap minit. Pada tahun 2013 dan 2012 pula jumlahnya ialah 503,914 dan 508,774 kelahiran.


2) Pada bulan apakah kelahiran paling banyak berlaku?

Bulan Oktober merupakan bulan paling banyak direkodkan kelahiran dengan jumlah 45,158 kelahiran dalam purata 5 bulan. Bulan yang kedua paling banyak kelahiran ialah bulan September dan Ogos. Bulan Disember merupakan bulan paling sedikit direkodkan kelahiran dengan jumlah 35,065 secara purata. Ini menujukkan rakyat Malaysia lebih produktif pada bulan-bulan November, Disember dan Januari. 


3) Bayi apakah yang paling banyak? Bayi lelaki atau perempuan?

Untuk kedua-dua tahun 2014 dan 2013, jumlah bayi lelaki lebih sedikit daripada bayi perempuan.  Secara khusus, terdapat 52 bayi lelaki (52%) dan 48 bayi perempuan (48%) dalam setiap 100 orang bayi yang dilahirkan.


4) Apakah kadar kesuburan di Malaysia?

Mengikut maklumat yang terkini terdapat 2 orang bayi dilahirkan oleh setiap wanita Malaysia yang berada dalam umur kesuburannya (umur 15 ke 49 tahun). Kadar kesuburan menghampiri 4 bayi setiap wanita yang berumur 15 ke 49 tahun pada tahun-tahun 1980an.


5) Apakah kadar kesuburan mengikut kumpulan etnik di Malaysia?

Menurut Jabatan Perangkaan, kadar kesuburan untuk kaum Bumiputra kekal tertinggi pada kadar 2.6 setiap wanita berumur 15-49 tahun. Ini diikuti oleh kaum Cina pada kadar 1.4, kaum India yang juga pada kadar 1.4 dan kadar 0.9 untuk etnik lain.


6) Negeri manakah yang mempunyai kadar kesuburan tertinggi?

Pulau Pinang mempunyai kadar kesuburan yang paling rendah pada kadar 1.62 setiap wanita berumur 15-49 tahun manakala Kelantan mempunyai kadar tertinggi iaitu 3.77 setiap wanita pada kumpulan umur yang sama. Ini diikuti oleh Terengganu pada kadar 3.49, Sabah dan Selangor pada kadar 1.81 dan juga 1.96 setiap wanita pada kumpulan umur 15-49 tahun.


7) Berapa lama jangkahayat rakyat Malaysia?

Secara purata, jangkahayat rakyat  Malaysia ialah 75 tahun. Perempuan dijangka hidup lebih lama sehingga 76 tahun manakala lelaki dalam lingkungan 71 tahun. Berbanding dengan negara Singapura, jangkahayat mereka lebih lama iaitu dalam lingkungan 82 tahun walaupun dalam kesibukan hidup.



(Sumber: Helloworld) 

Catat Ulasan

0 Ulasan