Zhengfei
Ren, CEO dan juga pengasas Huawei menawarkan perdamaian dengan pentadbiran Trump: Memberikan lesen teknologi
5G gergasi China kepada syarikat-syarikat gergasi di Amerika, dengan beberapa syarat
kepada kerajaan AS. Pada masa ini, penggunaan peralatan Huawei dilarang
daripada rangkaian AS atas kebimbangan bahawa ia boleh digunakan oleh kerajaan
China untuk membuat intipan atau membuat gangguan kepada sistem telekomunikasi negara
tersebut.
Tawaran
tersebut dilaporkan awal minggu ini oleh seorang kolumnis dari New York Times, iaitu
Thomas Friedman. Hakikat ini membolehkan AS akhirnya dapat terlibat dalam
perlumbaan 5G yang kini dikuasai oleh firma dari China iaitu Huawei dan ZTE,
Ericsson dari Sweden dan Nokia dari Finland.
"Huawei
terbuka untuk berkongsi teknologi dan teknik 5Gnya dengan syarikat-syarikat AS, untuk mereka membina
industri 5G mereka sendiri. Ini akan mewujudkan keadaan yang seimbang antara
China, AS dan Eropah, "kata Ren kepada akhbar itu.
Selain
itu, Ren menambah bahawa syarikat AS akan dibenarkan untuk membuat pengubahsuaian
terhadap kod perisian yang digunakan untuk menjalankan mana-mana peralatan 5G
Huawei atau membuat perubahan untuk digunakan mengikut kehendak mereka.
Walaupun ini tidak menjamin keselamatan AS terhadap pencerobohan melalui pintu belakang,
implikasi ini harus menutup kebimbangan bahawa syarikat China mungkin dapat
mengakses peralatan 5G Amerika untuk tujuan pengintipan. Tambahan pula,
kerajaan China perlu meluluskan perjanjian itu.
Ren
menambah bahawa pemegang lesen Amerika akan dapat menjual peralatan 5G mereka
berdasarkan harta intelek Huawei di mana sahaja di dunia, kecuali di China.
Tawaran
Ketua Pegawai Eksekutif Huawei terhadap teknologi 5G mereka akan menjadi
teknologi teras yang akan digunakan dalam semua infrastruktur telekomunikasi
dunia untuk sekurang-kurangnya untuk tahun-tahun yang akan mendatang dan juga
dilihat sebagai satu kejutan sama ada dari luar dan juga dari dalam industri pembuatan
peralatan rangkaian 5G yang terbesar di dunia.
Menurut
sumber Forbes yang rapat dengan firma Huawei mengesahkan bahawa pengumuman Ren
adalah berita besar kepada seluruh syarikat tersebut yang beribu pejabat di
Shenzhen, China.
Dilihat
dari sisi teknologi - walaupun terdapat banyak kesan politik terhadap keputusan
ini, termasuk fakta bahawa kerajaan China mungkin tidak suka melihat aset
paling berharga mereka berada di tangan AS, matlamatnya di sini adalah ianya
boleh menjadi satu-satunya peluang untuk menjadikan AS kembali menjadi sebuah
kuasa telekomunikasi dan memenangi perlumbaan 5G.
Setakat
hari ini tiada pembuat peralatan 5G di Amerika.
Lucent,
yang sebelum ini menjadi sebahagian daripada A & T, adalah pembuat
peralatan telekomunikasi AS yang terakhir dan kini merupakan sebahagian
daripada Nokia, selepas syarikat Finland menyelesaikan pengambilalihan
Alcatel-Lucent tiga tahun lalu, pada November 2016.
Qualcomm
juga hanya membuat modem dan antena 5G untuk telefon pintar dan tidak membina
sebarang peralatan telekomunikasi.
Walaupun
syarikat seperti Cisco-yang sudah bersaing dengan Huawei dalam pasaran
perangkaian perusahaan dan penyedia perkhidmatan dijangka akan menjadi calon
yang sesuai untuk perjanjian ini, syarikat pembuat peralatan kecil juga termasuk
Arista, Juniper atau Silicon Valley boleh merebut peluang ini untuk seterusnya menjadi
gergasi telekomunikasi AS yang boleh bersaing dan memenangi persaingan dengan
syarikat Ericsson, Nokia dan Huawei.
Satu
tawaran yang pasti bernilai untuk dipertimbangkan.
(Sumber: Forbes)
0 Ulasan