Lamanfo.com

Laman Informasi

TUJUH SEBAB UBAN TUMBUH AWAL


Rambut uban biasanya dikaitkan dengan umur seseorang yang sudah meningkat tua. Tetapi itu tidak bermakna anda tidak akan mendapat rambut uban dalam usia 20an dan 30an. Di bawah ialah tujuh sebab yang boleh menyebabkan rambut anda awal beruban yang perlu anda tahu.

1) Stress yang keterlaluan

Stress biasa berlaku kepada semua orang. Tetapi jika anda mengalami stress yang melampau masalah bermula di sini. Bukan sahaja ianya menganggu anda dari segi fizikal dan mental tetapi boleh menyebabkan rambut beruban dalam usia muda. Ini biasa terjadi apabila anda dikejar untuk tugasan yang sudah dekat tempoh ataupun masalah kewangan. Oleh sebab itu anda perlu mencari jalan untuk mengurangkan stress sama ada pergi bercuti atau menghadiri kelas yoga.

2) Merokok

Secara jelas, merokok memberi kesan yang lebih daripada kesan kepada paru-paru dan gigi anda. Ianya boleh menyebabkan rambut anda beruban sekiranya anda perokok yang tegar. Menurut kajian daripada laman web Jurnal Indian Dermatology, perokok adalah dua setengah lebih cepat akan tumbuh uban pada umur 30 berbanding dengan bukan perokok. Hanya satu cara mengatasinya ialah dengan berhenti merokok.

3) Keadaan penyakit tertentu

Percaya atau tidak bahawa beberapa keadaan penyakit boleh menyebabkan rambut beruban walaupun seseorang itu berumur 20an atau 30an. Ini boleh terjadi sekiranya terdapat keadaan tyhroid yang tidak seimbang, penyakit autoimmune atau apa-apa penyakit berkaitan kelenjar pituitary (sejenis kelenjar yang terletak di bawah otak yang bertugas dalam menghasilkan hormon untuk fungsi dalam badan).

4) Kekurangan Vitamin B12

Badan kita memerlukan nutrien dan vitamin untuk memastikan fungsi organ berfungsi dengan betul. Begitu juga pentingnya vitamin B12 yang mencukupi dimana ianya penting untuk fungsi otak, kesihatan tisu saraf dan pembentukan sel darah merah. Tetapi sekiranya anda mengalami kekurangan vitamin B12 ianya boleh menyebabkan rambut anda beruban. Oleh itu untuk memastikan pengambilan vitamin B12 yang mencukupi anda boleh mengambil makanan tambahan seperti produk susu dan makanan seperti daging lembu, kambing dan ikan tuna.

5) Genetik

Genetik juga boleh menjadi punca rambut anda awal beruban sekiranya ibubapa atau datuk nenek anda pernah mengalaminya. Sebagai contoh, sekiranya ayah anda mengalami rambut beruban pada usia 20an, anda juga mempunyai kebarangkalian tinggi untuk beruban pada usia yang sama.

6) Penggunaan  lebih bahan kimia

Maksud penggunaan bahan kimia yang berlebihan di sini ialah penggunaan bahan-bahan seperti syampoo, perapi dan sabun yang kita gunakan pada rambut seharian. Kandungannya mempunyai bahan yang boleh mengurangkan penghasilan melanin (pewarna rambut semulajadi) dan menyebabkan rambut beruban. Masalah yang sama dengan penggunaan pewarna rambut yang kerap yang mengandungi bahan kimia kuat iaitu hidrogen peroksida.

7) Terdedah dengan cahaya matahari

Sebenarnya pendedahan kepada cahaya matahari adalah baik untuk menggiatkan kesihatan mental anda kepada mode positif dan memberikan anda vitamin D. Walau bagaimanapun, pendedahan yang melampau boleh mendatangkan mudarat dan ini amat ketara berlaku kepada rambut anda. Ianya disebabkan sinaran UVA dan UVB dari sinaran matahari boleh memberi kesan kepada folikel rambut anda. Ianya boleh merosakkan kulit kepala anda dan lama kelamaan boleh menyebabkan rambut anda beruban.


(Sumber: Helloworld) 

Catat Ulasan

0 Ulasan