APA ITU BREXIT?

Lamanfo.com

Laman Informasi

APA ITU BREXIT?


Ia adalah gabungan perkataan Britain dan exit. Brexit bakal menyaksikan perpisahan Britain dari EU yang akan mengubah hubungan dengan blok itu dalam aspek perdagangan, keselamatan dan migrasi
Pada 1975, Britain pernah mengadakan referendum pertama berhubung keanggotaannya dalam EU, kurang tiga tahun selepas ia menyertainya
Pada 2013, bekas perdana menteri, David Cameron berjanji satu referendum kebangsaan terhadap keanggotaan EU yang memberi pilihan kekal atau keluar akan diadakan. Cameron yakin ‘kekal’ akan menang dengan mudah
Pada 23 Jun 2016, ketika krisis pelarian mencetuskan kemarahan politik di seluruh Eropah, 52 peratus rakyat Britain mengundi ‘ya’ manakala 48 peratus menolak. 

Perjanjian keluar Britain-EU


Perjanjian keluar setebal 585 muka surat diikat secara sah menetapkan syarat perpisahan Britain dari EU. Ia merangkumi jumlah hutang Britain terhadap EU yang dianggarkan berjumlah 39 bilion euro (RM181 bilion) selain apa yang akan berlaku terhadap rakyat Britain yang tinggal di EU dan sebaliknya. Ia juga meletakkan syarat terhadap isu sempadan Ireland Utara
Sementara itu, kenyataan setebal 26 muka surat berkaitan hubungan masa depan tidak mengikat secara sah. Ia membuat draf tentang hubungan jangka panjang antara Britain dan EU dalam pelbagai bidang termasuk perdagangan, pertahanan dan keselamatan. 

Apakah tempoh peralihan?


Ia merujuk kepada tempoh selepas 29 Mac 2019 sehingga 31 Disember 2020 untuk memastikan segala yang dirancang berjalan lancar selain membolehkan perniagaan dan pihak lain bersedia menghadapi peraturan pasca-Brexit.
Ia juga membolehkan lebih banyak masa untuk menetapkan butiran tentang hubungan baharu Britain dan EU. Pergerakan bebas akan diteruskan ketika tempoh peralihan tersebut seperti yang dikehendaki EU. Britain masih boleh menguruskan perjanjian perdagangan sendiri walaupun ia tidak boleh berkuatkuasa sehingga 1 Januari 2021.
Tempoh peralihan itu hanya boleh berlaku jika Britain dan EU capai persetujuan terhadap perjanjian Brexit tersebut.

Sumber:  Sinarharian.com

Post a comment

0 Comments