APPLE ARCADE - PERKHIDMATAN LANGGANAN PERMAINAN VIDEO

Lamanfo.com

Laman Informasi

APPLE ARCADE - PERKHIDMATAN LANGGANAN PERMAINAN VIDEO



Baru-baru ini Apple melancarkan Apple Arcade di Malaysia. Ia merupakan perkhidmatan permainan video langganan yang pertama di dunia dimana anda boleh bermain lebih seratus permainan video yang baru, berkualiti tinggi dan ekslusif dengan yuran bulanan RM19.90 pada semua peranti Apple yang terbaru. 


Apple Arcade diperkenalkan untuk pengalaman permainan video yang terbaik buat pengguna Apple dimana ianya boleh dimainkan pada Iphone (dengan perisian iOS 13), iPad, Mac dan Apple TV.


Ini bermakna anda boleh bermain Apple Arcade secara mudah alih pada peranti Iphone anda dan sambung permainan apabila sampai di rumah pada Apple TV. 

Secara efektifnya, permainan Apple Arcade boleh dimainkan pada telefon pintar, tablet, komputer dan televisyen di rumah anda. Alat kawalan untuk konsol PS4 dan Xbox juga boleh digunakan pada permainan Apple Arcade.



Semua permainannya telah dipilih secara teliti oleh Apple bagi memastikan hanya permainan yang unik dan berkualiti tinggi sahaja yang akan dikeluarkan dalam perkhidmatan tersebut disamping menyediakan bentuk permainan yang berbeza genre menurut minat pemain seperti permainan aksi, penjelajahan, permainan menguji minda, permainan kasual dan simulasi.
 
Apabila anda telah membuat langganan kepada perkhidmatan tersebut, anda boleh mengakses dan memuat turun versi penuh setiap permainan termasuk kemaskini dan tambahan permainan tersebut tanpa iklan dan pembelian dalam permainan tersebut. 

Semua permainan tersebut boleh dimainkan secara tanpa internet bermaksud ianya boleh dimainkan pada bila-bila masa dan di mana sahaja.

Untuk mengakses Apple Arcade, buka App Store pada Iphone atau iPad anda dan pilih 'Arcade'. 

Sekarang Apple Arcade boleh dimuat turun dengan percubaan sebulan secara percuma dan boleh dikongsikan kepada enam orang ahli keluarga anda. 


Selepas ini, perkhidmatan langganan permainan yang seterusnya ialah Google Play Pass, tetapi masih belum ada berita bila ianya akan sampai ke Malaysia.


Sunber: Gamehubs, Youtube

Post a comment

0 Comments