AWAS! RAKSASA TEPI PANTAI.

Lamanfo.com

Laman Informasi

AWAS! RAKSASA TEPI PANTAI.



Sebuah video pendek sedang viral menunjukkan seekor buaya yang agak besar sedang memakan sesuatu. Lokasi dipercayai di pantai daerah Lahad Datu, Sabah.

Mujur tiada sesiapa pada masa itu sedang mandi di laut berkenaan. Buaya tersebut dipercayai ialah seekor buaya air masin atau lebih dikenali buaya katak 

Sedikit maklumat ringkas mengenai buaya air masin seperti berikut:

Buaya air masin (saltwater atau estuarine crocodile) juga dikenali sebagai buaya katak, buaya laut, buaya tembaga, buaya muara (Crocodylus porosus) adalah reptilia terbesar, dan sering kali dikatakan paling merbahaya kepada manusia. 

Ia boleh dijumpai di beberapa habitat di Asia Tenggara dan utara Australasia. Buaya katak yang berada Utara Australia sebagai 'salties' (Buaya Air Masin). 



Buaya Katak dewasa biasanya berukuran antara 4.8 meter hingga 5 meter (15.4 hingga 16.6 kaki) panjang, seberat sekitar 770 kilogram (1697 lb). Seekor buaya besar mampu mencecah melebihi 6 meter (20 kaki) atau 7 metre (23 kaki) panjang dan seberat melebihi 1,500 kg (3707 lb). 

Sebenarnya spesies ini mampu membesar sehingga 8 meter (27 kaki) atau sehingga 9 meter (30 kaki). Buaya betina biasanya lebih kecil dari buaya jantan, dengan kebiasaannya dalam julat 2.5–3 meter. 

Salah satu buaya terbesar direkodkan adalah 8 meter 64cm (28 kaki 4 inci) dan ditembak oleh Krystina Pawloski (Guru sekolah, kemudiannya pencinta alam) di Sungai Norman di utara Queensland, Australia pada tahun 1957. Ia dikatakan buaya katak yang sekuat jerung putih dewasa. Kulit bertulang mereka sekeras batu.



Lagenda Bujang Senang


Bujang Senang, seekor buaya yang mendiami Sungai Batang Lupar di Sri AmanSarawakMalaysia. Buaya spesies Crocodylus porosus (buaya air masin) berukuran 19 kaki panjang dan mempunyai jalur putih di belakang badannya.

Buaya ini bermaharajalela di sungai ini sejak tahun 1941. Tidak diketahui berapa ramai orang yang telah menjadi mangsa kepada buaya ini, tetapi pada 20 Mei 1992, seorang wanita berbangsa Iban bernama Dayang anak Bayang telah menjadi mangsa Bujang Senang di Sungai Pelaban, anak Sungai Batang Lupar. Sekumpulan penembak tepat polis dan pemburu Iban telah berjaya menembak mati Bujang Senang setelah berusaha selama 4 jam pada 22 Mei 1992.


Bujang Senang adalah buaya ke 4 terbesar di dunia. Tengkorak Bujang Senang kini dipamerkan di ladang buaya Jong, Sarawak. Namun, penduduk tempatan percaya, Bujang Senang masih berkeliaran. Yang ditembak mati ialah Dayang Fatimah Eneng Emas, isteri Bujang Senang.
Mitos
Bujang Senang kononya jelmaan seorang pahlawan Iban bernama Simalungun. Dia dikatakan telah dibunuh dan disumpah menjadi buaya lalu dia bersumpah akan membunuh semua keturunan yang membunuh dia dan isterinya. Kebanyakan mangsa adalah dari Orang Iban. Kebetulan kerana Orang Iban biasanya menduduki di lembah Sungai LuparSungai SaribasSungai KalakaSungai RajangSungai SadongSungai SarawakSungai BalingianSungai KemenaSungai BaramSungai Limbang dan Sungai Lawas.


Sumber: Whatsapp, Wikipedia, Libur


Post a comment

0 Comments