Lamanfo.com

Laman Informasi

BANK PADA TAHUN 2030 BERADA DI TAPAK TANGAN ANDA



Dalam masa beberapa dekad lagi cawangan bak tidak akan wujud lagi tetapi tidak bermakna semua aset anda akan dikendalikam oleh robot.

Lucy Gazmararian (paling kanan)

"Saya fikir semua bank akan ada di tapak tangan anda" dalam masa 10 tahun lagi, kata Lucy Gazmararian, Pembantu Pengarah PwC Hong Kong semasa seminar East Tech West CNBC di daerah Nansha, Guangzhou China. 


Sebagai penjelasan, pertukaran tersebut sedang dalam perlaksanaan dimana institusi kewangan ditawarkan perkhidmatan secara dalam talian sahaja. 

Walau bagaimanapun, Gazmararian percaya bahawa generasi muda akan menjadi dewasa dan mereka akan terus meminta perkhidmatan dalam talian berbanding dengan kaedah tradisional. Ini akan mempercepatkan lagi kaedah perbankan digital.



"Saya tidak nampak banyak peranan untuk bank yang berdiri sendiri untuk jangka masa lama," tambah beliau. 

Walaupun sekiranya masih terdapat cawangan, ianya tidak akan sama seperti hari ini," kata Jun Lu, Ketua Pusat Teknologi Lufax yang juga panel semasa seminar East Texh West. 



Walaupun kaedah baru itu masih belum dapat digambarkan tetapi pembelajaran mesin dan teknologi matawang kripto termasuk bitcoin telah merevolusikan semuanya dari perkhidmatan pengguna kepada pengagihan aset. 

Namun demikian, pengawasan dari manusia masih diperlukan terhadap institusi kewangan menjelang masa hadapan, kata Lu. 


"Masa terlalu singkat, kita masih perlu tunggu dan lihat" sama ada robot-pedagang berupaya mengambil alih sepenuhnya, kata Lu lagi.

Firma besar seperti Apple, Tencent dan JD.com antaranya bertindak sebagai pemangkin. Mereka "berlumba-lumba" menentang bank tradisional untuk menghasilkan produk mereka sendiri sebagai pilhan kepada pengguna. Itulah keadaan pada masa hadapan, kata Gazmararian. 


"Ianya akan lebih seperti struktur platform pasaran," kata beliau, "dan sesiapa pun boleh menjadi penilai kepada semua produk dan perkhidmatan dan yang menang adalah yang paling dapat memberikan kepuasan kepada pelanggan." 


Sumber: CNBC. com, Youtube

Catat Ulasan

0 Ulasan