Majlis penyerahan tugas di antara mereka telah berlangsung pada Selasa.
![]() |
Safar (kanan) serah tugas kepada Liew (kiri) |
Liew sebelum ini memegang jawatan sebagai Timbalan Pengarah Jabatan Tanah dan Ukur dan mula bertugas di jabatan sektor awam sebagai Jurukur Daerah pada tahun 1989.
Beliau memegang Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dalam bidang Jurukur Tanah di Universiti Teknologi Malaysia pada tahun 1989.
Semasa dalam perkhidmatan, beliau telah melanjutkan pelajaran sehingga berjaya mendapat Ijazah Sarjana dalam bidang Sains Pentadbiran dan Pengurusan Tanah pada tahun 2008 di universiti yang sama.
Beliau ialah Jurukur Berdaftar yang berlesen, Lembaga Jurukur Sabah sejak 2009 dan juga Jurukur Berdaftar yang berlesen dari Lembaga Jurukur Malaysia Barat sejak 2018.
Sumber: Daily Express
0 Ulasan