Lamanfo.com

Laman Informasi

BULAN TIADA KAWASAN SENTIASA GELAP


Kita sering mendengar bahawa terdapat kawasan di permukaan bulan yang tidak terkena cahaya matahari atau dipanggil sebagai "Dark side of the moon". Memang benar terdapat kawasan permukaan bulan yang tidak kelihatan dari bumi tetapi tidak bermakna ianya sentiasa dalam keadaan gelap.


James O’Donoghue, seorang bekas saintis NASA yang sekarang sudah bekerja di Agensi Angkasa Jepun (JAXA), membuat animasi baru untuk menjelaskan bagaimana peredaran bulan sebenarnya.



"Perlu diingat bahawa kita tak boleh mengatakan 'kawasan gelap bulan' bila merujuk kepada 'kawasan jauh bulan,'" tulis beliau dalam Twitter. "Grafik ini menunjukkan kawasan gelap bulan selalu bergerak."

Video tersebut menunjukkan bagaimana sinaran matahari mengenai permukaan bulan semasa ianya mengorbit Bumi. Satu orbit bulan mengambil masa 29.5 hari dan semua permukaan bulan akan terkena sinaran matahari pada masa-masa tertentu.




Kita hanya dapat melihat satu bahagian sahaja permukaan bulan daripada Bumi. Bulan berputar dalam tarikan bumi bermakna kita akan dapat melihat satu bahagian permukaan sahaja. Bahagian yang lain atau bahagian jauh tidak kelihatan tetapi tidak bermakna ianya sentiasa gelap.

Video tersebut juga menunjukkan pandangan dari Bumi semasa bulan melaluinya dari fasa bulan penuh ke fasa bulan baru. Di bahagian bawah sudut kanan, animasi tersebut menjejaki sempadan sinaran matahari yang sampai ke bulan sementara ianya berpusing.

Oleh itu, sebahagian bulan akan mengalami kegelapan mengikut masa-masa tertentu, cuma sahaja kegelapan itu sentiasa bergerak dan bermaksud tiada kawasan yang sentiasa gelap.

"Anda masih boleh memanggilnya kawasan gelap tetapi frasa yang betul mengikut istilah astronomi ialah Kawasan Malam."

Di sini kelihatan hemisfera selatan Bumi:




Pada tahun lepas, O'Donoghue telah menghasilkan beberapa animasi seperi ini dimana yang pertama ialah mengenai cincin planet Zuhal yang semakin hilang. Selepas itu, beliau menganimasikan konsep angkasa lepas yang lebih kompleks seperti kelambatan laju cahaya.


"Animasi saya dibuat untuk menunjukkan secara jelas keseluruhan konteks yang saya ingin sampaikan," kata O'Donoghue. "Bila saya mengulangkaji untuk peperiksaan, saya akan melukis konsep yang kompleks untuk lebih memahami, itulah yang saya telah buat di sini."


Sumber: Business Insider, Youtube

Catat Ulasan

0 Ulasan