Lamanfo.com

Laman Informasi

TIKTOK MELANCARKAN TELEFON PINTARNYA SENDIRI



ByteDance, iaitu sebuah syarikat yang menghasilkan aplikasi TikTok telah mengumumkan telefon pintar mereka yang pertama di China dinamakan Smartisan Jianguo Pro 3.

Pelancaran ini dibuat setelah pengambilalihan syarikat pembuatan tempatan, Smartisan pada tahun 2018.

Sekiranya anda ingin tahu maksud nama telefon pintar tersebut, ianya boleh jadi bermakna "kuali memasak", "bina negara" atau "kacang" bergantung kepada cara ianya ditulis dalam karakter China.

Dari segi teknikal, Smartisan Jianguo Pro 3 dikuasakan dengan Snapdragon 855+ dengan pilihan sama ada 8GB atau 12GB kapasiti RAM. 

Kameranya ialah kamera Quad yang terdiri dari 48 megapiksel pengesan, 13 megapiksel sudut pandangan luas dan 8 megapiksel telefoto dan 5 megapiksel kanta makro. Bateri ialah 4,000mAh.

Seperti dalam jangkaan juga aplikasi TikTok sudah tersedia dalam telefon pintar tersebut.

Smartisan Jinguo Pro 3 setakat ini hanya terjual di China dan harganya ialah CNY2,899 atau RM1,711.22.


Sumber: Mobile88.com

Catat Ulasan

0 Ulasan