FACEBOOK SECARA RAHSIA MENGGUNAKAN KAMERA IPHONE ANDA

Lamanfo.com

Laman Informasi

FACEBOOK SECARA RAHSIA MENGGUNAKAN KAMERA IPHONE ANDA



Pengguna Iphone diberi amaran kerana nampaknya Facebook kemungkinan secara rahsia menggunakan kamera telefon anda tanpa pengetahuan anda semasa melayari laman sosial tersebut.

Isu ini timbul apabila seorang pengguna bernama Joshua Maddux melaporkannya dalam laman sosial Twitter beliau dan melaporkan ia berlaku dalam aplikasi Facebook untuk iOS. 

Dalam laporan tersebut anda boleh nampak kamera hidup di belakang paparan laman sosial tersebut semasa beliau sedang melayarinya.

Masalah ini menjadi jelas disebabkan peranti yang menunjukkan kamera terpasang di dalam keratan kecil pada tepi kiri skrin, apabila anda membuka foto dalam aplikasi dan leret ke bawah.




Maddux menambah yang beliau menjumpai isu yang sama dalam lima Iphone lain dengan iOS 13.2.2 tetapi ianya tidak dapat dibuat pada iOS 12.

Walaupun Iphone dengan iOS 13.2.2 menunjukkan kamera terpasang pada latar belakang tetapi isu yang sama tidak berlaku pada iOS 13.1.3. 

Dikenalpasti juga bahawa isu ini hanya muncul apabila anda memberi kebenaran kepada Facebook untuk mengakses kamera anda. Sekiranya tidak, aplikasi kelihatan cuba mengakses kamera anda tetapi disekat oleh iOS.

Ianya masih tidak jelas adakah isu ini disengajakan atau terdapat peranti di dalam perisian untuk iOS. Namun demikian, isu ini tidak terjadi kepada Android (versi 10, diguna pada Google Pixel 4).

Walau apa pun sebabnya, kelakuan perisian ini amat membimbangkan terutama bila Facebook pernah mendapat masalah privasi pengguna seperti contoh kes Cambridge Analytica yang lalu.

Buat masa ini, kita sudah sedar bahawa mana-mana aplikasi iOS yang diberikan kebenaran akses kepada kamera boleh membuat rakaman secara rahsia. Pada tahun 2017, seorang penyelidik Felix Krause pernah berkata kepada wakil TNW mengenai isu yang sama.

Pada masa itu, penyelidik twrsebut mendapati satu cara untuk berdepan masalah ini ialah dengan menyekat akses kepada kamera. Satu cara lagi menurut beliau ialah dengan menutup kamera anda sepertimana yang dilakukan oleh Pengarah FBI James Comey dan pengasas Facebook Mark Zuckeeberg.

Namun demikian, pihak TNW akan cuba mendapatkan komen daripada Facebook sendiri.


Sumber: Thenextweb.com

Post a comment

0 Comments