Lamanfo.com

Laman Informasi

ISU ZAKIR NAIK : MALAYSIA AKAN HANTAR SURAT KEPADA INDIA



KUALA LUMPUR: Kementerian Luar akan menghantar surat rasmi kepada kerajaan India bagi menjelaskan pendirian Malaysia untuk tidak menghantar pulang penceramah bebas Dr Zakir Naik ke negara asalnya.

Menteri berkenaan, Datuk Saifuddin Abdullah berkata beliau akan berbincang dengan Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas bagi menyediakan isi kandungan yang tepat untuk surat itu.

"Memang ada permohonan dari (kerajaan) India dan Perdana Menteri (Tun Dr Mahathir Mohamad) dah jawab mengapa kita tak hantar (Dr Zakir) balik.

"Dan ketika pertemuan saya dengan Menteri Hal Ehwal Luar India (S. Jaishankar), minggu lepas di Bangkok sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-35, beliau menimbulkannya dengan begitu tertib dan hanya minta kita menghantar surat untuk jawapan rasmi daripada kita," katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2020 bagi kementeriannya di Dewan Rakyat, pada Khamis.

Mengenai operasi Pusat Keamanan Antarabangsa King Salman (KSCIP) yang dihentikan tahun lepas, Saifuddin berkata Kabinet mahu perkara itu dikaji semula sekiranya ada kewajaran untuk ia diteruskan.

Tahun lepas Menteri Pertahanan Mohamad Sabu dilaporkan berkata Malaysia menghentikan operasi KSCIP, dengan menyerap fungsi pusat itu ke dalam Institut Pertahanan dan Keselamatan Malaysia di bawah Kementerian Pertahanan.

Biodata ringkas  Dr. Zakir Naik

Nama Penuh : Zakir Abdul Karim Naik

Lahir : 18 Oktober 1965 di kota Mumbai, India


Ayah : Abdul Karim Naik


Isteri : Farhat Naik


Anak : Fariq Zakir Naik, Rushda Naik


Pendidikan : St. Peter’s High School (ICSE), 
Kishinchand Chellaram College, Topiwala National Medical College, University of Mumbai (Bachelor of Medicine Bachelor of Surgery)


Pekerjaan : Doktor, Penulis, Pendakwa bebas


Jawatan : President of Islamic Research Foundation, Peace TV, Peace TV Bangla dan Peace TV Urdu


Penghargaan : King Faisal International Prize for Service to Islam tahun 2015, 10 Guru Spiritual Terbaik di India dan 100 Orang India Terkuat 2009.


Sumber: Awani, Biografi.com

Catat Ulasan

0 Ulasan