Lamanfo.com

Laman Informasi

MARVEL MEMPERKENALKAN SUPERHERO DARI MALAYSIA





Dikenali sebagai Sun Bird atau Burung Matahari, superhero dari Malysia ini ialah sebahagian daripada kumpulan superhero digelar “Warriors of the Sky” yang mula diperkenalkan semasa Thailand Game Show pada 25 Oktober lepas.

Kumpulan ini terdiri daripada empat orang Asia sebagai karakter original untuk MARVEL Future Fight.

Superhero Malaysia ini bertindak sebagai penjaga bahagian selatan yang boleh bertarung dan menyediakan sokongan penyembuhan kepada kumpulannya.

Beliau dikatakan berasal dari seorang lanun dari tahun 1600an dan dilahirkan semula oleh kuasa dua keris sakti.

Kumpulan ini akan bergabung tenaga dengan Captain America dalam permainan mobil berbentuk RPG  Marvel Future Fight.

Ahli kumpulan yang lain terdiri daripada War Tiger dari Thailand, Blue Dragon dari Vietnam dan Shadow Shell dari Taiwan.




Bagaimana pula dengan watak dari DC Comics? 

Watak superhero Malaysia pertama dari DC Comics bernama Munira Khairuddin!

Munira ‘Muni’ Khairuddin muncul buat pertama kali dalam komik Batgirl #32, membawa watak pakar seni mempertahankan diri dan seorang spy. Nama samaran beliau adalah ‘Obscura’. Watak Obscura ini dicipta oleh Gail Simone dan Fernando Pasarin.

Munira dan Barbara Gordon (Batgirl) adalah kawan baik ketika mereka bersama-sama belajar di Gotham University. Bagaimanapun Munira meninggalkan tempat belajar mereka secara mengejut dan Barbara berpendapat bahawa kawannya itu sudah mati. Tetapi Ketika Gordon berusia 18 tahun, baru dia tahu bahawa Muni sebenarnya telah direkrut masuk ke satu kumpulan elit anti-pengganas. Dan kisah kematian Munira sebenarnya dirancang.


Watak Obscura berada di kanan atas

Watak Obscura ini mirip watak Black Widow dari Marvel. Bagi yang masih skeptikel tentang latar belakang Muni, penulis untuk siri Batgirl ini, Gail Simone sendiri menjawab persoalan ini. Watak ini memang berdasarkan seorang wanita Malaysia yang bernama Munira Mustaffa. Beliau adalah seorang scholar dalam bidang anti-keganasan dan keselamatan.

Nampaknya sudah ada orang Malaysia dalam DC Universe.


Sumber: Helloworld dan Thevocket

Catat Ulasan

0 Ulasan