Lamanfo.com

Laman Informasi

MEMPERKENALKAN ROBOT MINI CHEETAH




Jabatan Biomimetics Robotics, MIT mempersembahkan demonstrasi robot rekaan mereka yang dinamakan Mini Cheetah baru-baru ini dan hasilnya amat menakjubkan dalam memaparkan keadaan teknologi robotik terkini.

Para pelajar kelihatan mengkoordinasi kelakuan 9 robot bersaiz anjing dengan aksi-aksi termasuk pergerakan seirama, melompat ke belakang, melompat dari timbunan daun-daun kering dan bermain bolasepak.

Robot Mini Cheetah tersebut seberat 9kg dan rekabentuknya mula diperkenalkan awal tahun 2019 oleh sekumpulan perekacipta yang bekerja di Jabatan Kejuruteraan Mekanikal MIT. Robot Mini Cheetah ini sebenarnya versi kecil bagi robot Cheetah 3 yang mana lebih besar dan lebih mahal.



Robot Mini Cheetah ini direka seperti pepasangan Lego, tahan lama dan murah. Ianya boleh berjalan dalam keadaan tegak dan juga terbalik dan berkebolehan untuk membuat lompatan terbalik dari kedudukan diam. Ianya juga boleh berlari selaju 5 batu sejam. 


Para pengkaji dalam pembinaan robot ini membentuk satu kumpulan selepas membuat demonstrasi pada bulan Mei lepas dan sedang bekerjasama dengan kumpulan lain di MIT untuk kajian tambahan.


Sumber: Techcrunch.com

Catat Ulasan

0 Ulasan