PELANCONG MALAYSIA KINI BOLEH MENGGUNAKAN ALIPAY TANPA MEMILIKI AKAUN BANK CHINA.

Lamanfo.com

Laman Informasi

PELANCONG MALAYSIA KINI BOLEH MENGGUNAKAN ALIPAY TANPA MEMILIKI AKAUN BANK CHINA.



China sedang bertukar menjadi masyarakat tanpa tunai kerana hampir semua transaksi bayaran menggunakan sistem e-wallet seperti Alipay dan Wechat Pay. 

Walaupun ianya memudahkan bagi rakyat tempatan tetapi ianya menyukarkan para pelancong.

Oleh yang demikian, kini telah diperkenalkan Tour Pass yang membolehkan anda menambah dana dari kad kredit atau debit antarabangsa kepada  Alipay.

Program mini boleh didapati dengan mencari Tour Pass dalam App. Apabila pengguna membukanya, pilihan boleh dibuat dengan menambah kad prabayar digital dari Bank of Shangai. Pada mulanya anda perlu membuka akaun dimana pengguna perlu memberikan nombor passport, memuatnaik Visa China yang sah dan nombor telefon. 


Selepas itu, anda boleh menambah wang dalam Tour Pass tersebut dengan jumlah minimum sebanyak 100 yuan (~RM60) dan maksimum 2,000 yuan (RM1,182).



Walaupun membuat bayaran telah menjadi mudah, Tour Pass tidak memberikan kebenaran penuh untuk menggunakan semua fungsi dalam aplikasi tersebut.

Memindahkan wang dari Tour Pass kepada pengguna Alipay yang lain masih tidak disediakan oleh Tour Pass.

Walaupun anda tidak dapat fungsi sepenuhnya dari aplikasi tersebut, sekurang-kurangnya Tour Pass membolehkan anda membayar untuk makanan dan beli-belah di negara tersebut.

Ianya memberikan sedikit kelegaan kepada sesiapa yang ingin melancong ke China.


Sumber: Technave.com

Post a comment

0 Comments